Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAya Amiruddin Sedih Kenang Hidup Sebatang Kara – ‘Saya Sudah Kehilangan Ayah...

    Aya Amiruddin Sedih Kenang Hidup Sebatang Kara – ‘Saya Sudah Kehilangan Ayah & Ibu, Tiada Adik Beradik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aya AmiruddinAya Amiruddin

    Selepas kematian ayah dan ibu, pempengaruh serta pelakon Aya Amiruddin mengakui akan berasa emosi setiap kali berfikir tentang hidupnya yang kini tinggal sebatang kara.

    ‘Sebatang kara’

    Aya AmiruddinAya Amiruddin

    Aya atau nama sebenarnya Fidya Natsha Amiruddin, 27, berkata, setiap kali duduk berseorangan, dia akan berasa sedih.

    Saya seorang yang sangat emosi. Saya selau berfikir macam mana hidup saya seorang diri di dunia ini. Saya sudah kehilangan ayah dan ibu, tiada adik beradik lain. Hanya sebatang kara.

    Kalau di rumah seorang diri terfikir akan rasa sedih. Seronoknya kalau ada keluarga, kenapa aku seorang-seorang.

    Aya mendedahkan perkara itu menerusi saluran podcast Bukak Mulut yang dikendalikan oleh Affendy Jailani.

    Dalam pada itu, Aya berkata, dia tidak merancangan untuk mencari ahli keluarga yang lain dan menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

    Saya menyerahkan segalanya kepada takdir Allah. Kalau Allah takdirkan saya berjumpa dengan ahli keluarga lain, alhamdulillah.

    Tetapi jika tidak jumpa dengan mereka pun saya hanya ucap alhamdulillah. Sebab saya sudah menerima takdir, inilah kehidupan saya.

    Hingga saat ini, saya masih tiada rasa nak cari keluarga yang lain. Serahkan pada kuasa Allah.

    Bagaimanapun, pelakon filem Pontianak 200 kg ini bersyukur dikelilingi oleh rakan baik yang sudah menganggap dirinya sebagai keluarga.

    Saya bersyukur masih ada kawan-kawan rapat yang memahami dan melayan saya seperti keluarga mereka.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts