Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment“Ayah Saya Sedang Nazak” – Anak Pelakon Kamal Bakar Maklumkan Bahawa Ayahnya...

    “Ayah Saya Sedang Nazak” – Anak Pelakon Kamal Bakar Maklumkan Bahawa Ayahnya Sedang Nazak

    -

    Shopee CNY Sale

    Sebelum ini menjadi perhatian warga net dan dimedia sosial apabila kisah pelakon ‘senior’, Kamal Bakar yangcditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka, akibat penyakit kanser.

    Ditidurkan Di ICU

    Isterinya Sarina Shariff mengesahkan Kamal masih ditidurkan dan doktor belum dapat mengesan jenis kanser dihidapi suaminya itu.

    Terbaru, satu perkongsian anak kepada Kamal Bakar, Muhammad Hanis Kamaruldzaman di Facebook memaklumkan bahawa ayahnya kini berada dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.

    Assalamualaikum semua, ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) sedang nazak

    Menghidap Kanser Paru – Paru

    via Astro Awani

    Sekadar makluman, pada 3 Jun lalu, Kamal telah dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarganya bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan oleh aktor tersebut.

    Susulan itu, Kamal dilapor telah ditidurkan akibat komplikasi paru-paru dan kekurangan oksigen.

    Kamal kemudian disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat selepas dua minggu dimaksukkan ke ICU hospital berkenaan.

    Sekadar rekod, Kamal telah memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Teh Pin.

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts