Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Ayah Tak Tahu Saya Sambung Belajar’ – Zaki Yamani Sanggup Berhabis RM40,000...

    ‘Ayah Tak Tahu Saya Sambung Belajar’ – Zaki Yamani Sanggup Berhabis RM40,000 Bayar Yuran Pengajian Universiti Swasta

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Zaki YamaniZaki Yamani

    Penyanyi Zaki Yamani bersyukur apabila hasratnya untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik di sebuah universiti swasta akhirnya tercapai.

    Artikel berkaitan: 

    ‘Ayah tak tahu’

    Zaki YamaniZaki Yamani

    Kata Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, dia sanggup menghabiskan RM40,000 untuk membayar yuran pengajian.

    Saya sudah seminggu bergelar pelajar di MSU (Management and Science University) dan cukup gembira dapat sambung pengajian di situ.

    Saya sudah memasang hasrat nak sambung di universiti tersebut sudah lama. Malah kediaman saya juga dekat untuk alik pergi universiti.

    Saya mengambil kos Diploma Muzik Teknologi untuk tempoh dua tahun enam bulan.

    Pengajian saya bukan tajaan, tetap yuran pengajian RM40,000. Saya sanggup keluar duit sendiri demi masa depan.

    Dalam pada itu, disoal mengenai nasihat yang dititipkan bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah, Zaki menjawab bapanya tidak tahu menahu mengenai keputusan dia melanjutkan pelajaran di menara gading.

    Ayah tak tahu saya sambung belajar di MSU, mungkin nanti dia akan tahu sendiri.

    Berkongsi lanjut, Zaki memberitahu dia tidak akan memperlahankan kerjaya seni, sebaliknya membahagikan masa sebaik mungkin antara bidang nyanyian dan pelajaran.

    Saya tidak akan memperlahakan kerjaya seni, tetapi akan bahagikan masa dengan sebaiknya.

    Saya masih aktif dalam bidang nyanyian seperti mana saya lakukan ketika bersekolah dan dalam masa sama menyanyi.

    Terdahulu, Jamal meluahkan rasa bangga dan syukur apabila anaknya berjaya melanjutkan pengajian institusi tinggi.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts