Baru-baru ini Kajol merenung semula perjalanan sebagai seorang pelakon. Semasa di awal kariernya, Kajol menerusi temu bual dengan India Today, mendedahkan dia pernah pertimbangkan untuk berhenti berlakon selepas filem ketiganya, ‘Undhaar Ki Zindagi‘.
Kongsinya pertimbangan itu berlaku kerana dia berasa bosan berlakon. Ketika itu, Shah Rukh Khan (SRK) mendengar keluhannya dan kemudian mendorongnya untuk terus berlakon serta mengejar minatnya sehingga sekarang.
“Saya masih baru, mungkin dalam usia 17-18 tahun pada masa itu. Saya masih ingat saya baru tamat filem ‘Udhaar Ki Zindagi’ dan SRK seperti “awak perlu belajar bagaimana nak berlakon””.
Dia seterusnya mendedahkan bahawa dia memikirkan apa yang SRK katakan kerana dia telah melakukan kerja yang hebat. Selepas filem ketiganya, dia memberitahu ibunya, dia tidak mahu lagi melakukannya.
“Saya seperti apa yang dia cakap? Saya telah melakukan kerja yang hebat! Tetapi selepas filem ‘Udhaar Ki Zindagi’, saya beritahu ibu saya tidak boleh lakukannya lagi. Saya tidak mahu melakukan lagi adegan atau 10 lagu.”
Kemudiannya, dia mendedahkan ‘nasihat kejam’ SRK telah membuatkan dia berubah fikiran. Sejak daripada itu, dia telah menandatangani empat filem termasuk ‘Gunda Raj’ dan ‘Hulchul’.
“Saya membuat filem seperti itu. Dan saya telah menandatangani empat filem seperti itu. Hadu dari situlah ‘Gunda Raj’, ‘Hulchul’ dan semua filem ini keluar. Saya belajar teknik lakonan selepas itu.”
Kita sepatutnya