Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAyda Jebat Rasa Kekok Pertama Kali Tukar Lampin Anak Kedua, Akui Sebelum...

    Ayda Jebat Rasa Kekok Pertama Kali Tukar Lampin Anak Kedua, Akui Sebelum Ini Ia Adalah Tugas Suaminya Nabil Mahir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apa-apa yang disebut mengenai anak pasti akan dikaitkan dengan ibu terlebih dahulu. Rasa-rasanya, anak adalah yang paling rapat dengan ibu. Ini kerana anak merupakan penghuni rahim ibu dan sudah mengenali ibu sejak dari dalam rahim lagi.

    Namun bukan bermakna, anak tidak begitu rapat dengan ayahnya, tetapi rasa-rasanya tanggungjawab dalam menjaga anak lebih banyak ditanggung oleh ibu.

    Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa terdapat ayah yang sangat mahir menguruskan anak-anak. Mungkin lebih hebat daripada ibunya. Tidak mustahil.

    Membicarakan tentang ini, selebriti popular Ayda Jebat mengakui berasa kekok untuk pertama kali menukar lampin anak keduanya, Aali Mateen.

    Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, semua tugas itu dilakukan suaminya, Nabil Mahir sebelum ini.

    “Hari ini buat pertama kali mummy tukar lampin Mateen (anak kedua). Jangan terkejut sebab memang selalu bapa dia yang buat.

    “Gementar tadi masa tukar takut dia ke mana-mana dan kencing. Kencing sampai ke muka pun pernah.

    Sementara itu, terdapat segelintir netizen menyelar tindakan Ayda apabila menyifatkan wanita berusia 32 tahun itu sebagai mengada-ngada dan seperti mahukan perhatian orang ramai.

    “Alahai, tukar lampin pun nak cakap dekat satu dunia. Bukannya anak sulung, dah anak kedua, mengada-ngada betul,” komen seorang netizen.

    Sebelum ini, wanita kecil molek itu meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, terutama dalam urusan menguruskan anak.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts