Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kerenah segelintir peminat yang menyapanya untuk bergambar.
Ambil gambar tanpa izin
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat bertanya pendapat kepada pengikutnya mengenai ragam segelintir peminat yang dilihat kurang beradab.
Ragam orang lain-lain kan.
Kebelakangan ini, saya asyik terkedu bila keluar.
Ada yang tepuk bahu daripada belakang untuk bergambar.
Ada yang terus depan muka ambil gambar.
Ada makcik yang terus cium dahi, cium pipi lepas itu jalan tanpa berkata apa-apa.
Nak buat apa kalau macam ini? Okay ke tak?
Ujarnya, dia bersyukur disayangi namun cara yang digunakan peminat untuk bergambar membuatkan dirinya terkedu.
Ambil bodyguard
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengesyorkan untuk pelantun lagu ‘Pencuri Hati’ itu mengupah pengawal peribadi demi keselamatan dirinya dan keluarga.