Penyampai radio Hot FM, Ayu meluahkan rasa berang terhadap seorang individu kerana menghantar direct message (DM) berbaur lucah di Instagram (IG) miliknya.
Melampaui batas
Menerusi hantaran di IG Story, Ayu memuat naik tangkap layar DM lelaki tersebut yang didakwa telah melemparkan komen negatif terhadap fizikalnya.
Dalam masa yang sama, Ayu atau nama lengkapnya Masyuni Mansor juga tidak teragak-agak mendedahkan akaun IG lelaki berkenaan kepada umum.
Itulah badan besar bas, ternak lemak-lemak sampai sempit dekat belah otak. Bawa bawa pergi bersukan kejap boleh tak?
Dekat bio bukan main Allah dan keluarga. Masa bercakap lupa terus semua benda?
Penyampai radio berusia 25 tahun itu turut menyifatkan individu tersebut sebagai seorang yang laparkan perhatian.
Selalunya aku biarkan sahaja benda bodoh macam ini tapi hari ini mood tak baik jadi kau lapar perhatian kan? Siapa-siapa tolong bagi kejap dia rasa apa benda dia nak ini.
Bodoh! Orang macam kau ni, patut pupus je. Kesian dekat mak ayah didik elok-elok akhirnya benda-benda macam ini juga kau tengok.
Sesiapa tolong DM dia kejap, tengok dia cukup tangan tak nak kawal perhatian yang dia lapar sangat tu.
Bagaimanapun, menurut Ayu, lelaki berkenaan telah bertindak menukar gambar profil dan menyekatnya selepas pendedahan tersebut dibuat.