Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAyuh ‘Healing’ Di Konsert Sal Priadi Live In Kuala Lumpur 13 Oktober...

    Ayuh ‘Healing’ Di Konsert Sal Priadi Live In Kuala Lumpur 13 Oktober Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa tidak sabar dibuai emosi Oktober ini? Penyanyi dan penulis lagu penuh berbakat asal Malang, Indonesia, pelantun lagu popular ‘Gala Bunga Matahari’, Salmanto Ashrizky Priadi atau lebih mesra dengan panggilan Sal Priadi, bakal menghiburkan peminat kesayangannya di Malaysia pada 13 Oktober 2024 ini, di dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8:00 malam, anjuran syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music.

    Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music ketika ditemui di sidang media eksklusif konsert Sal Priadi bertempat di Silverfox Cafe KL, menyatakan bahawa konsert ini konsert ini merupakan inisiatif mereka dalam menghadirkan hiburan ‘live’ buat peminat Sal yang ada di Malaysia dan seluruh rantau Asia.

    “Konsert ini merupakan peluang luar biasa bagi peminat untuk menyaksikan sendiri persembahan secara langsung dari salah seorang bintang muzik paling menonjol dalam industri muzik Indonesia.”

    Bakal Beri Persembahan Selama Lebih Dua Jam

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu popular, ‘Dari Planet Lain’ ini bakal menghiburkan peminat dengan persembahannya selama lebih dari dua jam selain disajikan paparan audio visual yang kreatif.

    “Kuala Lumpur mempunyai makna yang istimewa dan dekat di hati saya. Selepas melakukan ‘showcase’ album tahun lalu, saya ingin berkongsi pengalaman tersebut dengan peminat dalam bentuk konsert yang lebih besar.

    Peminat akan disajikan dengan persembahan saya selama 2 jam dengan hampir 20 buah lagu yang diambil dari kedua-dua album saya. Para penonton juga turut disajikan dengan paparan audio visual yang kreatif, direka khas untuk menonjolkan jalan cerita setiap lagu yang dinyanyikan oleh Sal Priadi.”

    View this post on Instagram

    A post shared by KHARISMA MUSIC (@kharismamusicinternational)

    Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket konsert ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR’ dengan segera, kerana tempat adalah terhad. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila lawati laman web ticket2u.com.my/sal-priadi.



    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts