Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment#AZ40: 7 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Tiket “Anuar Zain 40th...

    #AZ40: 7 Perkara Yang Perlu Tahu Sebelum Membeli Tiket “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Lama menunggu akhirnya  penyanyi Anuar Zain bakal tampil dalam konsert , Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Oktober ini. 10 tahun yang lalu, Anuar pernah membuat konsert solo buat pertama kali selepas 30 tahun karier pada 16 Februari 2013.

    Apa lagi yang menarik tentang Anuar Zain 40th Anniversary Concert? Jom baca beberapa fakta yang perlu anda tahu tentang konsert AZ40 ini.

    JioBuddy Sebagai Penganjur

    JioBuddy menjadi penganjur untuk “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”. Bagi pihak penganjur, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.

    Sementara itu bagi Anuar Zain pula, beliau berharap pada mereka yang telah bersama-sama beliau di dalam Konsert Anuar Zain 3 Dekad pada tahun 2013 yang lalu dan juga pada yang masih belum berkesempatan untuk turut hadir bersama pada “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”.

    “Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini. ” ujar Anuar Zain.

    Jennifer Thompson Sebagai Pengarah Konsert

    Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air.

    Bakal Menyanyikan Lebih Dari 20 Lagu Hits

    Sudah tentu juga sepanjang 40 tahun Anuar Zain mempunyai himpunan lagu hits yang pelbagai. Tentu sahaja lagu seperti Lelaki Ini, Perpisahan, Bila Resah, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta akan menjadi halwa telinga yang bakal disampaikan secara langsung dari lantunan merdu penyanyi hebat ini.

    Tiket Bermula Dari RM188 Hingga RM1188

    Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

    Boleh Menang Telefon Pintar

    Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.

    Hanya Satu Malam

    Tambah Anuar lagi, konsert kali ini tidak akan dilanjutkan kepada 2 hari sekiranya tiket habis dijual. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat permintaan yang tinggi, Anuar berjanji akan mengadakan konsert lagi pada masa yang lain.

    Anuar Memilih Stadium Melawati Shah Alam

    Ketika sidang media berlangsung, Anuar memberitahu pemilihan Stadium Melawati, Shah Alam kerana di sini terdapat banyak kenangan manis. Anuar membesar di Shah Alam dan lokasi itu sangat praktikal dan mempunyai struktur bangunan yang menepati perancangan.

    Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.



    Credit: #ApaPlan – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts