Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAzam 2024 Nak Kulit Lagi Bersih Berkilat, Ikut 7 Rutin Kecantikan Korea...

    Azam 2024 Nak Kulit Lagi Bersih Berkilat, Ikut 7 Rutin Kecantikan Korea Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Cemburu tengok kulit dia, aku pun nak juga.”

    Tak rumit tak mudah, hanya dengan 7 langkah, azam 2024 kamu pasti akan tercapai. Kuncinya adalah disiplin dan kerajinan.

    @myphxm

    8-step Korean skincare routine #스킨케어루틴 #koreanskincare #skincare #morningroutine #skintok #스킨케어

    ♬ New Jeans – NewJeans

    Pertama sekali, mulakan dengan pembersih. Bagus untuk mengeluarkan sebarang kekotoran dan minyak untuk membersihkan liang-liang pori.

    Kedua pula, gunakan toner pad. Trend kecantikan Korea yang tengah popular sekarang.  Kebanyakan toner pad berfungsi untuk mengatasi cela, jerawat, hiperpigmentasi.

    Guna toner lagi. Toner biasa untuk menghidrat, mengelupas, menenangkan kulit dan sebagai persediaan untuk produk yang lain.

    Esen jangan dilupakan. Fungsinya adalah untuk membantu masalah kulit kering dan kusam supaya ia kekal melembap.

    Langkah kelima adalah serum. Serum merupakan produk dengan kepekatan tinggi yang menyasarkan masalah kulit, seperti pigmentasi, jerawat, bintik gelap atau garis halus.

    Selepas serum, kita guna pula pelembap. Ia bagus untuk mengunci semua kelembapan dan penghidratan.

    Jangan sesekali tinggalkan rutin sunscreen. Rutin ini melindungi kulit dari sinaran UV untuk mengurangkan penampilan kedutan dan merosakkan kulit.

    Jadikan 7 perkara ini sebagai rutin harian, nescaya kamu akan kecapi kulit bersih berkilat yang diidamkan. Ingat, kenali jenis dan masalah kulit, sebelum nak menggunakan sesuatu produk.

    All the best!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts