Pempengaruh terkenal, Azfar Heri tenang membalas komen seorang individu terhadap adik istimewanya yang dikenali sebagai Afif di aplikasi X.
‘Malu dapat adik macam itu’
Menerusi hantaran video yang dimuat naik Azfar, pengguna aplikasi X berkenaan meninggalkan komen bahawa dia pasti akan malu sekiranya keluar bersama seorang adik yang berkelainan upaya.
Kalau aku ada adik macam itu, aku malu.
Tidak berdiam diri, Azfar kemudiannya tampil membalas komen tersebut sambil memaklumkan seseorang itu tidak perlu malu jika dikurniakan seorang yang kelainan upaya kerana mereka juga makhluk Allah SWT.
Hey kenapa nak kena malu, jangan malu, dia pun manusia sama macam kita juga.
Tindakan Azfar yang begitu tenang dan tidak melenting menjawab komen individu tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji cara pempengaruh itu berdepan dengan komen toksik di media sosial.
Netizen juga memuji Azfar yang tidak segan untuk berkongsi momennya bersama adik kesayangannya itu di media sosial.
Komen netizen
Video
Macam ni la kalau setiap kali keluar dengan Afif, kena ikut cakap dia dulu kalau tak nanti dia mengamuk. Kita pun ikutkan la. Sekarang ni dia dalam fasa suka tengok barang barang rumah. Kita pun pening la dia mintak sofa baru ?? pic.twitter.com/8O2ZpCIect
— Azfar Heri ?? (@Azfarheri) October 6, 2024