Pelakon senior, Azhar Sulaiman berkongsi keadaan isterinya, Chempakan Amalin Pahamin yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan sejak beberapa hari yang lalu.
Tidak mendedahkan punca isterinya terpaksa dimasukkan ke wad, Azhar menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa Chempaka kini berada dalam keadaan stabil selain sedang dalam proses pemulihan (recovery).
“Maling (Chempaka) dah beberapa hari masuk wad. Sakit apa? Tak boleh cerita.
Sekarang Maling tengah recovering and stabilizing. Dia pun dah boleh cakap dengan itik putih ni. Syukur Alhamdulillah.”
View this post on Instagram
Netizen Titip Doa
Di ruangan komen, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan doa buat isteri kepada Azhar Sulaiman agar diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Speedy recovery Chem ❤️.”
“Syafakallah. Moga Allah permudahkan segala urusan dengan dikembalikan kesihatan yang baik lagi diberkati hendaknya. Insya Allah.”
“Syafakillah. Ya Allah, Kau berikanlah kesembuhan kepada hambamu yang sedang sakit ini, angkatlah segala kesakitannya Ya Allah, Kau hilangkan dari dirinya segala penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan. Aamiin.”
“May Allah give her syifa..Al fateha..sis rehat tauu.”
Sekadar info, Azhar Sulaiman mendirikan rumah tangga bersama Chempaka Amalin Pahamin pada 23 Julai 1995. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Kasih Leia Ixora, dan kembar tidak seiras, iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Sama-sama kita doakan agar isteri Azhar Sulaiman cepat sembuh.. Apa komen anda?