Pelakon veteran, Azhar Sulaiman meluahkan rasa takut dan bimbang berikutan kekerapan berita penceraian melibatkan selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.
Musim bercerai?
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Azhar yang lebih mesra disapa Behar memuat naik beberapa gambar bersama isteri serta tiga orang anaknya iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.
Menurut Behar, tahun 2024 menjadi saksi penceraian buat pasangan selebriti.
Tahun 2024 adalah tahun yang buruk kepada ramai pasangan selebriti kerana ramai yang berpisah.
Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan perihal yang sama dan mendoakan agar rumah tangga pelakon drama ‘Budak Tebing 3’ berkekalan hingga ke akhir hayar.
Sekadar info, Azhar telah berkahwin dengan isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin pada 1995 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.