Azhar bin Sulaiman ialah seorang pelakon, pengacara, arkitek, dan pereka di Malaysia. Azhar Sulaiman mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam dan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina.
Azhar Sulaiman memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 serta perjalanan kerjayanya berjalan serentak semasa dia masih menuntut di ITM Manjung. Kemudian Azhar Sulaiman memasuki Hero Remaja 1990/1991 dan mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.
“Teguran Macam Ni Open, Bila Bab Agama Private?”-Netizen
Baru-baru ini, di laman media sosial Instagram milik Azhar Sulaiman, beliau memuat naik satu hantaran mengenai anaknya yang meraih perhatian ramai. Hantaran di media sosialnya itu mendapat jumlah tanda suka sebanyak 1046 dan sebanyak 136 komen.
Di dalam hantaran tersebut, Azhar Sulaiman memaklumkan kepada anaknya mengenai diet, oleh kerana berat badannya naik secara mendadak.
“To my dotter Leona… Kalau you tak mau dengar cakap daddy, at least you dengarlah cakap Jane Fonda”-Kata Azhar Sulaiman
“Kena Slim, Fit & Sihat dan bukan sihattt walafiyattt OK.”-Tambah Azhar Sulaiman.
Rata-rata netizen mempersoalkan teguran Azhar Sulaiman kepada Leona itu mengenai berat badannya. Mereka mengatakan alangkah baik jika beri teguran di media sosial mengenai aurat berbanding berat badan.
Setiap manusia pasti akan melakukan dosa dan kita bukannya maksum seperti Nabi. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk diri dan orang lain. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?