Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAzhar Sulaiman Selar Kenyataan Individu Tidak Puas Hati Tawaran ‘Job’ Fattah Selepas...

    Azhar Sulaiman Selar Kenyataan Individu Tidak Puas Hati Tawaran ‘Job’ Fattah Selepas Bergelar Duda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Semua sedia maklum, pelakon Fattah Amin terus mencipta fenomena di TikTok apabila sesi siaran langsungnya sebelum ini memperoleh 44 juta ‘likes’ (tanda suka) dan jumlah tontonan lebih 100,000 orang.

    Populariti Melonjak Naik

    via Instagram Fattah Amin

    Fattah membuat siaran langsung itu dengan kerjasama satu produk dan sepanjang tiga jam bersiaran, dia dan pasukannya berjaya menjual hampir 10,000 set makanan itu.

    Dalam video itu, Fattah diberikan gelaran ‘Duda Hot’ dan dikatakan populariti Fattah Amin juga kembali melonjak selepas sah bercerai dengan aktres, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

    Kejayaan Fattah tersebut telah mencetuskan perasaan kurang senang oleh seorang individu.

    Individu tersebut meluahkan rasa kurang senang terhadap aktor Fattah Amin gara-gara populariti yang diraih selepas bergelar duda.

    Menurut individu tersebut, terdapat ramai lagi selebriti lelaki yang bergelar duda lain yang boleh dibantu dalam memberi sesuatu job.

    Azhar Sulaiman Selar Kenyataan Individu

    via Instagram Fattah Amin

    Tambah individu tersebut, dia turut menyifatkan wujud ‘Beauty Privilege’ iaitu kelebihan yang diperoleh oleh individu yang ada rupa yang cantik dan kacak.

    Untung jadi orang hensem macam Fattah Amin, kemain ramai orang offer dia job.

    Padahal ramai lagi duda lain yang takda job, yang perlu bagi nafkah anak-anak contohnya di Adam Shah tu.

    Betul la Beauty Privilege ni real.

    Melihat diruangan komen, pelakon senior Azhar sulaiman turut memberikan jawab balas atas kenyataan individu tersebut.

    Fattah Amin public figure. Jangan disamakan status dengan duda lain walaupun duda tu hensem macam Zack Efron

    Menurut Azhar, Fattah Amin merupakan seorang yang dikenali, sebab itulah dia mendapat tawaran dan mendapat ‘viewers’ yang tinggi.

    Tambah Azhar lagi, jangan cuba samakan status duda Fattah Amin dengan individu lain meskipun individu tersebut sekacak Zack Efron sekalipun.

    ALSO READ:  ‘Saya Terima Tawaran Watak Bernilai Di Sisi Allah’ – Abby Abadi

    Related articles

    Follow Us

    20,208FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts