Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAzharina Azhar Tak Suka Kongsi Masalah Kesihatan Di Media Sosial – ‘Biar...

    Azharina Azhar Tak Suka Kongsi Masalah Kesihatan Di Media Sosial – ‘Biar Orang Nampak Saya Aktif Seperti Tiada Penyakit’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Azharina Azhar hanya mengharapkan doa yang baik daripada peminat tatkala diuji dengan masalah kesihatan sejak kebelakangan ini.

    Tak nak cakap mengenai masalah kesihatan

    Menerusi temu bual bersama , Azharina berkata, tahap kesihatannya beransur pulih selepas mengambil beberapa jenis ubat-ubatan.

    Daripada apa yang di diagnosis, sejak Disember lalu, saya dah jalani beberapa prosedur dan makan ubat yang sepatutnya untuk mencegah kanser.

    Jadi doktor dan saya sendiri tengok ada perubahan mengenai laporan kesihatan saya. Saya bersyukur banyak perubahan. Cuma saya perlu teruskan penjagaan dari segi pemakanan, cukup tidur dan sebagainya.

    Saya tak boleh terlalu letih dan doktor tak bagi saya stress. Buat masa ini saya minta peminat terus mendoakan saya.

    Tambah anak kelahiran Sabah ini, dia sebenarnya tidak suka untuk berkongsi terlalu banyak mengenai penyakitnya itu. Ini kerana, ada yang berpendapat dia mahu meraih publisti dengan cara sebegitu.

    Niat pertama saya ketika berkongsi masalah kesihatan sebenarnya mahu memberi kesedaran kepada semua orang terutama wanita agar melakukan pemeriksaan dua kali dalam tempoh setahun supaya dapat mencegah sebarang penyakit yang tidak diingini.

    Saya bukan nak meraih simpati atau publisiti. Ada kalanya saya berasa tidak selesa untuk bercakap mengenai masalah kesihatan. Ini kerana, ia akan mengingatkan saya tentang penyakit itu. Seperti yang semua tahu, orang yang ada kanser, tak boleh tertekan mahupun stres. Sebab itu saya jarang berkongsi video atau apa sahaja pasal penyakit.

    Biar saya sendiri dan orang terdekat sahaja yang tahu. Lagipun anak saya masih kecil dan mereka bersekolah. Mereka masih belum tahu apa yang sedang saya lalui. Saya lebih bahagia muat naik video aktif bekerja, pergi pasar dan makan-makan. Biar orang nampak saya aktif seperti tiada penyakit. Baru aura positif itu datang.

    Ujar Azharina lagi, dia tidak perlu menjalani rawatan kemoterapi di hospital sebaliknya, hanya perlu makan ubat kemoterapi sahaja.

    Saya tak buat kemoterapi tapi hanya makan ubat kemoterapi dan kanser. Saya juga ambil ubat stem cell atas saranan doktor.

    Baru habis berlakon

    Azharina yang ditemui pada sidang media Jelajah Konsert Amal, Legends anjuran Persatuan Karyawan Malaysia turut meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan beberapa orang penyanyi legenda tanah air di Sabah, nanti.

    Konsert yang bakal berlangsung di Sabah International Convention Centre, 1 November nanti akan menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Ramli Sarip, Man Keedal, saya, Jimmy Palikat, Ayu Damit, Mad Sabah, Daniesh Suffian dan Hairee KOOL.

    Konsert ini bertujuan untuk meringankan beban para penggiat seni yang memerlukan.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya mengenai perkembangan karier seni pelantun suara ‘Rawan’ ini. Jelas Azharina, jadualnya agak sedikit padat untuk beberapa bulan ini.

    Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama muzikal untuk RTM. Kemudian saya ada beberapa undangan persembahan (private show) di beberapa buah Negeri dalam masa terdekat.

    Bukan itu sahaja, saya bakal menghadiri satu majlis bersempena kempen kesedaran untuk kanser. Alhamdulillah, ini semua rezeki untuk anak-anak.

    ALSO READ:  Chef Wan Berpendapat Ramai Peniaga Lemah Pengendalian Makanan, Saran Pergi Ambil Kursus – ‘Kena Faham Kuman Tak Boleh Nampak’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts