Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentAzira Shafinaz Beri Penjelasan Berhubung Isu Tarik Diri – ‘Doktor Nasihat Saya...

    Azira Shafinaz Beri Penjelasan Berhubung Isu Tarik Diri – ‘Doktor Nasihat Saya Berhenti Buat Persembahan’

    -

    Shopee CNY Sale


    Pelakon dan ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil memberi penjelasan berhubung isu tarik diri daripada sebuah pertandingan nyanyian, baru-baru ini.

    Artikel berkaitan: ‘Seluruh Badan Kebas & Tak Dapat Bernafas’ – Azira Shafinaz Hampir Pitam, Tak Makan Sebelum Buat Persembahan

    Artikel berkaitan: ‘Saya Hanya Mampu Doakan Yang Terbaik Buat Dolla’ – Azira Shafinaz

    Tarik diri faktor kesihatan

    Menurutnya, dia terpaksa menarik diri atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan dan nasihat daripada doktor.

    Bagaimanapun, Azira tidak mahu berkongsi lebih lanjut tentang masalah kesihatan yang dihadapinya.

    Saya pasti semua orang nak tahu pasal apa yang terjadi kepada saya. Apa yang saya boleh kongsikan saya mendapat nasihat daripada doktor untuk saya berhenti membuat persembahan di The Hardest Singing Show.

    Saya pun berjumpa dengan ahli kumpulan De Fam dan kami bertiga mengambil kata sepakat bersama untuk tarik diri. Kami sudah berjumpa dengan pihak Astro dan saya pun ada sediakan surat daripada doktor juga yang mengatakan saya tidak boleh sambung.

    Apa yang terjadi kepada saya, biarlah saya, ahli kumpulan saya dan pihak Astro sahaja yang tahu. Kalau boleh saya tak nak lagi bercerita tentang apa yang terjadi di The Hardest Singing Show. Habis macam itu sahaja.

    Dalam pada itu, Azira dan ahli kumpulan De Fam tidak menolak untuk membuat persembahan yang tidak memerlukan masa yang lama.

    Saya rasa saya faham kenapa orang bertanya sebab baru-baru ini De Fam ada buat persembahan. Saya nak jelaskan di mana di The Hardest Singing Show kita memerlukan sepenuh usaha yang mana Isnin sampai Ahad kena kerahkan idea, tenaga dan sebagainya.

    Jadi untuk De Fam membuat persembahan dimana-mana pun atas keupayaan yang sebolehnya saya rasa benda itu tiada masalah buat masa sekarang.

    Kata Azira, dia juga telah membuat keputusan untuk berehat daripada berlakon selepas berbulan-bulan bekerja tanpa henti.

    Buat masa sekarang pun saya tengah berehat memang tak ada berlakon apa-apa. Bukan kebetulan memang saya buat keputusan untuk berehat.

    Azira berkata demikian semasa ditemui di sidang media Majlis Pelancaran Viu Original Nafsu yang diadakan di The Exchange TRX, semalam.

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Memuji Fathia Latiff yang Teruja 'Unboxing' Hadiah Bernilai RM1 - 'Sangat Teruja Seolah-olah Dapat Barang Mahal'

    Nafsu mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Sam yang menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Bersama-sama rakannya, Suria, mereka mengaut duit golongan atasan yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam.

    Namun hakikatnya, Sam memang mempunyai deria keenam dan pernah diajar ilmu Ruqyah semasa kecil, tetapi Sam menolak keupayaan itu kerana suatu tragedi. Apabila Dina, bekas kekasih Sam datang meminta pertolongan mencari Alia, adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina.

    Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

    Selain Azira, Nafsu turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya Kamal Adli, Aqasha, Khayrisyah Kemal dan Nia Atasha.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts