Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAzizul Ammar Mengaku Tawaran ‘Sendu’ Selepas Kontroversi Watson Nyambek – ‘Saya Mesej...

    Azizul Ammar Mengaku Tawaran ‘Sendu’ Selepas Kontroversi Watson Nyambek – ‘Saya Mesej Produser Untuk Minta Job’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Azizul AmmarAzizul Ammar

    Pelakon dan pelawak Azizul Ammar mengakui kontroversi yang terpalit dengan dirinya berhubung isu mempersendakan nama pelari pecut, Watson Nyambek memberi kesan buruk kepada kerjayanya.

    Struggle untuk kembali

    Ketika ditemui , Ammar berkata sejak kontroversi tersebut berlaku tawaran berlakon semakin berkurangan.

    Saya akui selepas kontroversi yang terjadi tawaran yang diterima agak berkurangan. Saya terima perkara itu dengan hati yang terbuka, itu sebahagian daripada business entertainment.

    Namun apa yang saya suka adalah perkara itu mengajar untuk bagaimana bertahan dalam industri agar kekal relevan.

    Ammar berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Siapa Buka Lampu? yang diadakan di TGV, Pavilion Bukit Jalil, pada Rabu.

    Berkongsi lanjut, Ammar memberitahu peristiwa tersebut menjadikan dirinya lebih matang dan peka dengan keadaan sekeliling.

    Banyak perkara yang saya belajar daripada kejadian itu, kalau dari sudut kehidupan dan hubungan sesama manusia saya lihat orang akan ada dengan saya apabila ada benefit dengan mereka.

    Tetapi ketika itu juga Allah akan usir orang yang tak sepatutnya ada dalam kehidupan kita. Ada kawan-kawan yang meninggalkan, memulaukan dan menghiraukan saya. Kawan-kawan yang dimaksudkan datang daripada rakan industri dan rakan sekolah.

    Saya menjadi manusia yang lebih peka dan matang. Pada akhirnya perlu jaga diri sendiri.

    Dalam pada itu, Ammar berkata tidak mudah untuk meyakinkan produser dan pengarah agar menerima kembali dirinya aktif dalam bidang lakonan.

    Untuk menyakinkan orang perlu secara berdepan, saya tunjukkan apa yang saya boleh buat.

    Saya ada juga mesej mana-mana produser untuk minta job, jika ada yang kata saya sangkak saya tidak kisah. Kerana itu bukan sangkak, saya mencari rezeki.

    Berlakon adalah minat saya, tetapi apabila ada momen yang saya tidak boleh berlakon menyebabkan saya rasa gian.

    Selain Ammar, filem Siapa Buka Lampu? turut dibintangi Punnagai Poo Gheeta, Tia Tavee, Qasrina Karim, Azhar Jalil, Bell Ngasri dan ramai lagi.

    ALSO READ:  ‘Sampah Tu Biarkan Saja Nanti Bandaran Datang Kutip’ – Rita Rudaini Titip Pesan Buat Bella Astillah

    Siapa Buka Lampu? mula menerjah pawagam seleuruh Malaysia bermula 4 Julai 2024.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts