Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAzza Elite Dedah Wajah Bekas Pekerja Curi Wang!-“Banyak Kali Aku Bagi Muka..”

    Azza Elite Dedah Wajah Bekas Pekerja Curi Wang!-“Banyak Kali Aku Bagi Muka..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Azza Elite tampil mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang didakwa telah mencuri wang hasil perniagaan kek coklat miliknya itu.

    Azza, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia bertindak untuk mendedahkan wajah individu yang dikenali sebagai Alif setelah sekian lama berdiam diri dan memberikan peluang kepada individu berkenaan untuk melangsaikan hutang.

    “Staff saya yang menukar QR saya kepada QR beliau. Diam kak Azza bukan lah harus kau boleh pijak. Banyak kali aku bagi muka sampai lah aku punya kekuatan untuk up gambar kau setelah semua kawan-kawan aku suruh aku up gambar kau.

    Ya Allah aku ni sebenarnya tak nak memalukan sesiapa. Mudah mudahan kau Allah bagi kesedaran tindakan kau salah.”-tulis Azza di Instagram

    “Kau Bukan Tak Tahu Betapa Susahnya Aku Cari Duit Alif…”

    Laporan polis mengenai kesalahan bekas pekerjanya itu telahpun dibuat, Azza meluahkan rasa kesal terhadap Alif yang sanggup bertindak sedemikian kerana wang.

    “Laporan polis telah dibuat, kau bukan tak tahu betapa susahnya aku cari duit Alif. Kau tahu, tapi kau ambil kesempatan di sebalik kebolehan kau buat kerja. Kau sangat bagus, tapi duit telah menggelapkan mata kau bila melihat duit kek akak. Akak meniaga ke je Alif.

    Duit ini boleh masukkan kita dalam neraka Alif oi. Kalau kita salah menggunakannya, apatah lagi kau mengambil hak orang lain.”-tambah Azza lagi

    View this post on Instagram

    A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite)

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts