Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Azzam Sham Sempat Rakam Semula Lagu Nur Kasih Di Kediaman Yasin Seminggu...

    ‘Azzam Sham Sempat Rakam Semula Lagu Nur Kasih Di Kediaman Yasin Seminggu Sebelum Dia Ditangkap’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Azzam ShamAzzam Sham

    Penyanyi Azzam Sham sempat merakam semula lagu ‘Nur Kasih’ ciptaan Yasin Sulaiman seminggu sebelum komposer itu ditangkap atas pertuduhan memiliki barang terlarang.

    Rakam di rumah Yasin

    Azzam ShamAzzam Sham

    Difahamkan, proses rakaman semula lagu berkenaan dilakukan di kediaman Yasin pada 2022.

    Perkara itu dimaklukam oleh syarikat rakaman Rusa MVM Music Islamic menerusi perkongsian di TikTok.

    Azzam sempat merakamkan semula lagu Nur Kasih versi Yasin di kediaman Yasin seminggu sebelum dia ditangkap.

    Rakaman dilakukan pada tahun 2022 dan lagu versi Azam belum pernah diterbitkan di mana-mana platform.

    Kita tak tahu bila lagi boleh dengar karya Yasin yang akan datang. Namun audio ini yang terakhir sempat dirakamkan.

    Semoga yang baik-baik sahaja untuk lagenda seni kita, Yasin Sulaiman.

    Sementara itu, Azzam menyifatkan Yasin seorang baik hati dan ikhlas. Malah dia berasa bangga diberikan kepercayaan merakam semula lagu tersebut.

    Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji karya tersebut yang merupakan runut bunyi atau OST bagi filem Nur Kasih The Movie lakonan Tiz Zaqyah.

    Selain itu, wargamaya juga memberi pujian kepada Azzam yang menyanyikan lagu tersebut dengan begitu baik.

    Lagu tersebut kini sudah boleh didengari di semua platform dan muzik video di YouTube MVM Islamic.

    Imbas kembali, pada Mac 2022, Yasin telah ditahan kerana didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di kediamannya di Kota Damansara.

    Pada Ogos lalu, penyanyi itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan dadah dihadapinya, dua tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Shuib Bawa Keluarga Beraya Ke Rumah Adik Miza, Netizen Doa – ‘Semoga Hubungan Baik Ini Kekal Selamanya’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,243FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts