Di Instagram Story, isteri kepada pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengakui bahawa ujian yang melanda suaminya pada masa ini merupakan suatu ujian yang berat buat mereka.
Janji akan bersatu semula
Menurut Afreena, dia berasa penat dan letih berikutan dugaan yang melanda. Ujar Afreena, mereka akan bersatu semula tidak lama lagi. Afreena juga sempat mengungkapkan ucapan ‘I Love You So Much’ buat suaminya itu sambil meletakkan tanda pagar #justiceforalongcham.
Terdahulu, Afreena mengakui dirinya tertekan susulan dengan penahanan suaminya pada Sabtu lalu.
Walau bagaimanapun, Afreena memaklumkan dia tetap perlu kuat demi meneruskan kehidupannya bersama anak-anak.
Saya ‘anxiety’ sekarang ni sebab isteri mana yang tak susah hati bila suami dalam situasi macam ni.
Sudah tentu saya akan penat dengan situasi yang berlaku ketika ini tetapi saya perlu kuat untuk anak-anak.
Macam mana sekali pun, saya perlu menjalani situasi ini.