Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 31, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBab Bisnes Tak Ada Harga Bergurau, Cik Epal Kenakan Bayaran RM100K Untuk...

    Bab Bisnes Tak Ada Harga Bergurau, Cik Epal Kenakan Bayaran RM100K Untuk ‘Review’ Produk Di TikTok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti media sosial terkenal, Cik Epal mendedahkan kadar bayaran yang dikenakan olehnya terhadap mana-mana peniaga yang mahu mendapatkan perkhidmatan ‘review’.

    Tak bergurau

    Menurut Cik Epal, dia seorang yang sangat serius dan tahu mengenai keupayaan dirinya apabila melibatkan soal perniagaan.

    Oleh sebab itu, dia mendedahkan harga yang dikenakan olehnya terhadap para peniaga yang mahu mendapatkan perkhidmatan review.

    Tambah Cik Epal, terlalu ramai yang menghantar direct message (DM) dan bertanya mengenai harga review yang dicaj olehnya sebelum ini.

    Ujar Cik Epal, untuk posting di feed harganya RM30 ribu manakala, di Instagram Story pula bernilai RM20 ribu.

    Lebih mencuri tumpuan, Cik Epal mengenakan harga RM50 ribu untuk dua jam sesi live di TikTok dan RM100 ribu untuk empat jam sesi live.

    Di samping itu. Cik Epal turut memuat naik bukti bahawa akaun Instagramnya antara yang menjadi tumpuan ramai.

    Ramai betul berkampung dekat Instagram aku ni. Sampai 398.4 Million view.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts