Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBABA’S Kembali Sebagai Penaja Utama Karnival Jom Heboh di Johor! Hadiah Istimewa...

    BABA’S Kembali Sebagai Penaja Utama Karnival Jom Heboh di Johor! Hadiah Istimewa & Aktiviti Menarik Menanti Korang!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Jangan lepaskan peluang!

    Kali ini, BABA’S kembali menghangatkan suasana Karnival Jom Heboh (KJH) di Johor Bahru sebagai penaja utama, bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall dari 1 hingga 3 November 2024.

    Pelbagai tawaran menarik, hadiah istimewa, dan aktiviti menyeronokkan menanti pengunjung, terutama buat peminat setia produk BABA’S!

    Goodies Bag RM10 – Rencah terbaik untuk melengkapkan hidangan!

    Jom ke booth BABA’S dan dapatkan goodies bag eksklusif bernilai RM10 yang mengandungi tujuh paket rempah BABA’S!

    Ini peluang terbaik untuk korang yang gemar memasak dan mahu mencuba pelbagai rencah untuk hidangan kegemaran. Tak perlu risau, semua produk BABA’S adalah 100% Halal dan berkualiti tinggi.

    Jangan terlepas peluang untuk bawa pulang goodies bag ini yang dijamin berbaloi!

    Temui Pasukan BABA’S & Personaliti Popular TV3

    Khas buat pengunjung yang hadir di KJH kali ini, korang berpeluang bertemu dengan pasukan BABA’S serta personaliti TV3 yang popular.

    Sesi ramah mesra ini pastinya akan menceriakan hari korang, di samping peluang untuk mengambil gambar bersama personaliti terkenal. Jom meriahkan suasana di booth BABA’S!

    Demo masakan menarik – Saksikan kehebatan Roti Terbang oleh Chef Matt!

    Pengunjung turut dijemput untuk menyaksikan demonstrasi masakan oleh Chef Matt, Flying Chef BABA’S yang terkenal dengan aksi Roti Terbang!

    Buat pertama kalinya di KJH, korang berpeluang melihat sendiri cara pembuatan Roti Terbang serta pelbagai resipi lain seperti Nasi Briyani, Murtabak Ayam BABA’S, Sup Kambing, Rendang Ayam, Gulai Ayam, dan Laksa Johor yang pastinya enak!

    BABA’S Halal Corner – Peluang menang hadiah & aktiviti menarik!

    BABA’S Halal Corner adalah satu lagi tarikan yang tidak patut dilepaskan.

    ALSO READ:  ‘Tahan, Beku Jenazah Bayi Disifatkan Penganiayaan, Menyalahi Hukum Syarak’ – Pensyarah Pengajian Islam

    Sebagai jenama yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sejak 28 tahun lalu, BABA’S memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan memenuhi standard Halal.

    Di sini, korang boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna, Kuiz Halal, Halal Spin Wheel, Halal Cross Word, dan Cabutan Bertuah dengan hadiah-hadiah hebat untuk dimenangi!

    Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana Karnival Jom Heboh BABA’S di Johor Bahru kali ini.

    Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama menikmati tawaran istimewa, aktiviti yang menyeronokkan, serta mempelajari kepentingan Halal bersama BABA’S.

    Hangatkan rasa keceriaan dan nikmati keberkatan bersama BABA’S Rencah Hidupku!

    #KarnivalJomHeboh #KarnivalJomHebohBABAS #KJH

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts