Pelakon, Ruhainies akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah dan Sarah Yasmine selepas dikaitkan menjalin hubungan dengan penyanyi, Aliff Aziz.
‘Babe, past is past’
Menerusi hantaran terbaharu Sarah Yasmine di Instagram Story (IG Story) sekali lagi mendedahkan perbualan apabila Ruhainies mengajaknya bertemu untuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka bertiga.
Menerusi perbualan tersebut, Ruhainies akui dia sudah tidak berhubung dengan Aliff selain berharap agar Sarah tidak mengungkit kisah silam itu.
Babe, past is past. Jangan cakap perkara yang dah berlalu. Ini antara saya, awak dan Bella. Sekarang, saya nak duduk berbincang dengan awak dan Bella.
Saya cuba untuk berdamai dengan semua orang. Saya tahu, awak penat dan tak suka nak panjangkan isu ini. Kita masing-masing dah matang. Saya tak nak ada isu dengan sesiapa, saya nak kita bahagia semula.
Dakwa Sarah lagi, meskipun dia telah menolak permintaan tersebut namun aktres itu seakan mendesak mahu berjumpa dengannya. Sarah kemudian menegaskan bahawa dia tetap dengan pendiriannya.