Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBaby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak...

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi dangdut, Baby Shima tampil membidas influencer sastera, Zhiddin Aziz yang membuat konten menghinanya di media sosial.

    Henti Mengata Hal Orang Lain

    Baby Shima menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memnitipkan pesanan buat Zhiddin untuk berhenti mengata hal yang membabitkan orang lain.

    “Kenapa sedara menangis? Oh sebab tak menang anugerah?. Pada saya macam ni lah, mungkin lepas ni sedara berhenti mengata hal orang, macam sedara mengata tentang saya.”-kata Baby Shima

    “Saya Alhamdulillah Tak ‘Ciplak’ Karya Orang…”

    Menyedari dirinya tidak ‘bijak’ pempengaruh media sosial berkenaan, Baby Shima turut membidas dengan menegaskan bahawa sekurang-kurangnya dia tidak ‘ciplak’ karya orang lain, seperti yang dilakukan oleh Zhiddin yang didakwa ‘menciplak’ beberapa ayat daripada teks pidato karya asal seorang lelaki yang dikenali sebagai Khairul Afsan tanpa memberikan kredit kepada penulis asal.

    “Ya la, saya sedar saya tak sepandai macam sedara, sampai sedara sanggup buat tentang kebodohan saya untuk kepentingan konten sedara. Tapi tu lah, saya Alhamdulillah tak ciplak karya orang. 

    Ya Allah ingatkan dah habis, rupanya ada lagi sedara buat tentang saya ya. Sedangkan saya tak kacau pun sedara. Sampai hati sedara ajak netizen semua maki saya.”-kata Baby Shima lagi

    Banyak Lakukan Konten Menjatuhkan Orang Lain

    Tambah Baby Shima, pempengaruh media sosial berkenaan banyak melakukan konten menjatuhkan orang lain di media sosial, serta mempersoalkan adakah individu berkenaan layak digelar sebagai ikon.

    “Ada banyak lagi video yang dia buat dengan menjatuhkan orang lain. Korang carilah di media sosial dia. Untuk Shima saja da beberapa video dia. Dan ada yang dia dah padam.

    Korang nilailah sendiri macam tu layak ke dipanggil ikon? Kalau nak sangat menang anugerah, jadilah macam Ryan Bakery ke, Khairul Aming ke, yang tak menggunakan orang lain.”-tulis Baby Shima

    Sebelum ini, Baby Shima tampil bersuara selepas pernah ‘dicuit’ Zhiddin Aziz di media sosial tahun lalu.  Zhiddin menerusi video di media sosial sekitar tahun 2022, pempengaruh media sosial ini ‘menyekolahkan’ penggunaan ayat serta tatabahasa yang digunakan oleh penyanyi dangdut ini dalam hantaran di TikTok.

    ALSO READ:  Jom Semak 8 FamilyMart Yang Halal Di Taiwan, Salah Satunya Di Taipei 101

    Apa komen anda?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts