Satu muat naik video penyanyi Baby Shima di Instagram cetus pelbagai reaksi netizen.
Meluahkan Rasa Tidak Puas Hati
Dalam video tersebut, penyanyi Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penghibur yang “mencuri” dan menggunakan minus one yang dicipta khas untuknya tanpa kebenaran.
Shima menegaskan bahawa penggunaan minus one itu melibatkan karya yang dihasilkan secara eksklusif untuknya setiap kali tampil di pentas.
Menurut Shima, tidak salah untuk menyanyikan lagu-lagunya, tetapi penggunaan minus one yang dicipta khusus untuknya tanpa izin adalah satu bentuk pencurian hak cipta.
Tak salah pun nak nyanyi lagu-lagu saya. Tapi minus one yang kami cipta sendiri itu jangan diambil begitu sahaja, sebab ia dibuat khas untuk saya.
Menggunakan Tanpa Izin Tuan Badan
Shima juga menjelaskan bahawa dia menghormati hak cipta orang lain dan sebelum menyanyikan lagu orang, dia akan meminta izin terlebih dahulu.
Saya pun suka cover lagu orang, tapi saya hormat mereka, saya akan minta kebenaran dulu.
Isu ini timbul apabila diketahui ada pihak yang telah menggunakan minus one eksklusif untuk persembahan Shima tanpa izin untuk tujuan komersial.
Shima berkata, dia telah menghubungi pihak yang terlibat dan mendapati mereka memperoleh minus one tersebut daripada kru teknikal di acara persembahannya.
Mereka beritahu mendapatnya dari YouTube, tapi saya tahu mereka menipu.
Setelah pihak pengurusannya mengeluarkan surat amaran, barulah pihak yang terlibat mengakui kesalahan mereka.