Bukan kali pertama penyanyi dangdut, Baby Shima menerima mesej atau komen berunsur lucah daripada netizen di laman media sosialnya.
Diterima Mesej Lucah Daripada Lelaki Berkopiah?
Kali ini, Baby Shima berkongsi tangkapan skrin DM (Direct Message) yang dihantar melalui Instagram oleh seorang individu berkopiah yang beragama Islam memberikan mesej lucah kepada beliau.
“Munafik bertopengkan kopiah. Ramai je jumpa orang-orang macam ni.” – tulis Baby Shima di Instagram
“Memang Mendapat! Sesuai Diviralkan!”
Dalam ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan kemarahan terhadap individu tersebut yang dianggap telah merendahkan martabat lelaki yang berpakaian sopan, malah ramai yang menyokong tindakan Baby Shima dalam memaparkan wajah individu tersebut.
“Sorry to say orang macam gini la jatuhkan martabat lelaki pakai kopiah 🤣🤣.”
“Ushhhh teruk nyeee pak lebai ni!!!! Bukak laaaaa buat kesat kaki tu 💁🏻♂️💁🏻♂️💁🏻♂️.”
“Itu tandanya lelaki tidak menghargai perempuan, kakak harus berhati-hati dengan lelaki sekarang jangan terlalu mempercayai, lelaki itu menjijikkan.”
“Memang mendapat lah!!! Sesuai untuk diberitahu kepada orang ramai.”
“Tercabut kopiah kena tampar ni kang 😂.”
“Tak sensor-sensor betul ayat chat tuu 😂.. Memang celaka lah orang-orang yang berpura-pura alim ini.. Menyebabkan malu sahaja.”
“Anggap saja seperti gula-gula yang telah dikeluarkan dari pembalutnya. Semoga Allah memberikan hidayah dan keinsafan kepada kedua-dua belah pihak.”
Sebelum ini, Baby Shima pernah mendedahkan nama dan wajah individu yang mengajak untuk melakukan hubungan seks melalui media sosial. Berdasarkan mesej yang diterima, individu tersebut meminta bayaran deposit untuk sesi hubungan seks selama dua jam dengan Shima.