Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBagi Bayi Tidur Dengan Lena Tanpa Terganggu, Mak Ayah Boleh Ikut Cara...

    Bagi Bayi Tidur Dengan Lena Tanpa Terganggu, Mak Ayah Boleh Ikut Cara Jururawat Vietnam Ini…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sejak dari dulu lagi, setiap kali bayi nak tidur mesti mak-mak akan bedung terlebih dulu.

    Membedung bayi sebelum tidur dikatakan lebih mudah untuk membuatkan bayi tidur dengan lena dan elakkan daripada mereka terkejut semasa tidur.

    Untuk pengetahuan kamu, kalau mahu bedung bayi bukan boleh sesuka hati membedung. Kamu perlukan teknik yang betul supaya mereka tidak lemas dan tidak kesakitan.

    Berdasarkan perkongsian seorang jururawat dari Vietnam ini, beliau hanya menggunakan 4 langkah sahaja untuk membedung bayi supaya tidur dengan lena.

    Langkah 1 

    Pertama sekali, kamu perlu ambil kain atau tuala yang bersih dan besar. Jangan ambil kain yang kasar kerana kulit bayi sangat sensitif dan lembut. Selepas itu, gulungkan secara memanjang.

    Foto – Ánh Tít (Facebook)

    Langkah 2 

    Selepas selesai menggulung kain tersebut, baringkan bayi dengan mengiring ke sisi badan. Kemudian, angkat sebelah kaki bayi dan tindihkan di atas kain seperti bayi tersebut memeluk kain dengan kakinya. Pegang kain yang ditindih dan kelilingkan belakang bayi. Hujung kain tersebut pula, mesti sama kedudukan dengan kepala bayi.

    Langkah 3 

    Bahagian tuala yang berada di depan bayi pula ditarik ke arah bayi. Dan membentuk seolah-olah bayi tersebut memeluk kain itu. Selepas itu, angkat kepala bayi dan tindihkan kain tersebut di bawah kepalanya. Bagi lebihan hujung kain yang berada di belakang bayi, bawakan ke arah depan. Pastikan kain tersebut tidak longgar.

    Foto – Ánh Tít (Facebook)

    Langkah 4 

    Akhir sekali kamu akan nampak seolah-olah bayi tersebut dalam sebuah sarang. Kemudian, tepuk lembut di belakang bayi supaya dia tidur dengan lena.

    Foto – Ánh Tít (Facebook)

    Setiap orang ada cara bedungnya sendiri. Tetapi kalau bakal atau pertama kali jadi ibu, kamu boleh cuba cara di atas. Semoga bermanfaat!



    Credit: IbuBapa – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts