Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBagi RM8k Sebulan, Kereta Mewah & Kad Kredit, Lelaki Terkedu Tengok Video...

    Bagi RM8k Sebulan, Kereta Mewah & Kad Kredit, Lelaki Terkedu Tengok Video Isteri Curang Dengan BFF – ‘Tak Sampai Hati Fail Nusyuz’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekadar gambar hiasan

    Tak dinafikan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ada pasang surutnya namun baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami mendedahkan isterinya telah berlaku curang.

    Isteri curang dengan kawan baik

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi perkongsian di X, lelaki tersebut yang bekerja dalam sektor minyak dan gas mendedahkan baru mengetahui bahawa isterinya itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu.

    Lelaki tu kawan baik dia, kantoi sebab aku jumpa gambar dan video (18sx) dia. Ini bukan kali pertama, sebelum ini masa bercinta dia curang, masa kami bertunang dan kali ini selepas kami berkahwin.

    Walau bagaimanapun, lelaki ini akui tidak merasa marah atau dendam tetapi kecewa dengan perbuatan tersebut. Walhal dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan menyediakan segala keperluan untuk isteri termasuk nafkah zahir dan batin.

    Gaji aku RM40k sebulan, aku bagi isteri aku RM8k sebulan, aku bagi kereta mewah, kad kredit untuk belanja barang rumah. Aku tak tahu apa yang tak cukup lagi, penampilan diri aku cukup jaga.

    Cuma salah aku, 60% masa aku outstation tapi kalau di rumah 100% aku fokus dekat keluarga. Sekarang dah 4 bulan aku tahu dia curang, tapi aku belum bersemuka dengan dia lagi.

    Dengan apa yang berlaku, lelaki ini akui masih sayang akan isterinya dan dia juga tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa memiliki keluarga yang lengkap.

    Aku pilih kerja keras nak bagi keluarga aku hidup selesa. Aku tak tahu apa yang perempuan nak, aku rasa dah cukup semua aku bagi.

    Tak mudah aku nak fail nusyuz, keluarga aku dan isteri ada nama. Aku kena jaga nama isteri aku. Kalau aku fail nusyuz tu dah macam umum ke seluruh dunia yang isteri aku ni belen, aku tak sampai hati.

    Tambah lelaki ini lagi, dia bercadang untuk bersemuka dengan isterinya pada hujung minggu ini sebelum berjumpa dengan lelaki tersebut bersama peguam.

    ALSO READ:  [VIDEO] Reen Rahim Seloroh Mahu ‘Belanja’ Bahu, Suami Tegur – ‘Nanti Sampai Bahu Juga Malaikat Bantai Kau’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts