Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bagi Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza Layak Diiktiraf, Dia Pakar Dalam Bidang...

    ‘Bagi Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza Layak Diiktiraf, Dia Pakar Dalam Bidang Seni’ – Azharina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

    Namun pelantikan berkenaan telah mengundang pelbagai respons daripada warganet susulan ada yang berpendapat bahawa penyanyi nombor satu negara itu tidak layak untuk memegang jawatan tersebut.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Wakil Penganjur Konsert David Foster Di Indonesia Dakwa Jessie J ‘Bermasalah’? Siti Nurhaliza Pilihan Terbaik Ganti Posisi

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Aznil Perjelas Isu Pelantikan Siti Nurhaliza Sebagai Pakar Di Universiti – ‘Hanya Ikon Promosikan Pembelajaran’

    Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Kunci Mulut Isu Pelantikan Sebagai Pakar, Tunggu Kenyataan Rasmi Pihak Universiti

    Beliau layak diiktiraf

    Terbaru, penyanyi Azharina Azhar berpendapat, isu pelantikan penyanyi nombor satu negara itu sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) tidak sepatutnya dipertikaikan.

    Menerusi temu bual bersama Azharina berkata, Siti seorang penyanyi yang terkenal dan lagenda. Bahkan, beliau mempunyai kepakaran dalam bidang seni suara dan telah menjadi inspirasi buat seluruh anak seni.

    Pertama sekali saya nak ucap tahniah buat Datuk Seri Siti Nurhaliza atas pelantikan tersebut. Mungkin saya tidak mengenalinya secara dekat tapi kita kenal beliau sebagai anak seni yang banyak beri impak kepada penyanyi lain.

    Kalau tanya saya secara jujur, perkataan pakar ini ada pelbagai jenis. Ada pakar IT, ekonomi, gastronomi dan macam-macam lagi. Namun, kita semua kena ingat, Siti adalah pakar dalam karyanya yang tersendiri.

    Walaupun beliau tidak belajar secara formal dan tiada ijazah dalam bidang muzik namun, Siti juga tetap belajar daripada orang-orang terdahulu secara tidak formal.

    Ujar Azharina lagi, pelantun suara ‘Wajah Kekasih’ itu sememangnya sudah memenuhi segala kriteria yang menyebabkan panel penilai bersetuju memberikan pengiktirafan tersebut.

    Bagi saya beliau layak diiktiraf.

    Tambah pelantun suara ‘Rawan’ ini, bukan mudah untuk seseorang manusia memuaskan hati orang lain.

    Dalam kehidupan kita, bila ada perkara baik, pasti ada juga perkara yang tidak baik. Kita ini manusia dan bukan malaikat. Pada saya, beliau layak berada di situ dan saya setuju beliau dinobatkan sebagai pakar dalam bidang muzik. Secara teknikal dalam bidang nyanyian.

    Kalau bidang penciptaan atau susunan muzik, mungkin patut diberikan kepada orang lain. Kepakaran Siti ini adalah dari segi vokal. Allah beri anugerah itu.Malah, dia sentiasa malar segar setiap masa.

    Azharina ditemui pada sidang media majlis pelancaran lagu ‘Realiti’ di Kedey Kamek, Sunway Putra Mall, Rabu lalu.

    ALSO READ:  #OBCallingFoodies: Savoring 100 Traditional Negeri Sembilan Malay Dishes in ‘Kampung Lah’ with Time-Honored Recipes

    Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung pelantikannya sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

    Menerusi kenyataan media pengurusannya, Siti Nurhaliza Productions memaklumkan bahawa beliau akan berbuat demikian selepas pusat pendidikan tersebut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,242FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts