Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBahana Pakai Panty Liner Setiap Hari Kamu Kena Tahu

    Bahana Pakai Panty Liner Setiap Hari Kamu Kena Tahu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mungkin anda ingin mengelakkan masalah keputihan dan sebagainya, tetapi penggunaan panty liner setiap hari boleh mendatangkan kemudaratan pada bahagian kelamin.

    Kenapa pula ia boleh berlaku? Memakai panty liner untuk tempoh yang lama atau setiap hari boleh menyebabkan masalah kesihatan yang tidak kita ketahui.

    Risiko utama adalah jangkitan bakteria dan percayalah ia hanya akan memburukkan lagi kehidupan anda. Ia bukan sahaja menyebabkan tekanan fizikal, tetapi memberi kesan pada aktiviti harian dan mengganggu ketenangan mental anda dengan rasa gatal dan kesakitan yang berterusan. Ini boleh memberi kesan terhadap kerja serta melembapkan produktiviti anda dalam jangka masa panjang.

    Jika anda memakai panty liner setiap hari, kemungkinan besar anda akan memakainya untuk jangka masa yang lama – mungkin antara waktu pejabat 9 hingga 5. Memandangkan panty liner selalu nipis, kemungkinan besar ia mungkin menjadi tepi. Dicampur pula dengan bahan kimia lagi menyebabkan masalah kesihatan yang tidak diketahui. Waktu yang lama dan penyerapan yang terhad membawa kepada jangkitan. Dengan kemungkinan keadaan basah sepanjang hari boleh menyebabkan ruam, gatal-gatal, kemerahan, bahkan juga jerawat.

    Mungkin anda dah boleh meninggalkan amalan panty liner setiap hari. Awalnya memang anda mendapati masalah keputihan tetapi percayalah lama-kelamaan, alat sulit anda terasa lebih segar dan tidak mempunyai sebarang masalah.

    Penulis telah melakukannya, dan rasa lebih segar dan tenang sekarang!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts