Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Baik, Kacak Dan Paling Bijak!”- Sultan Nazrin Adalah Satu-Satunya Sultan Yang Pertama...

    “Baik, Kacak Dan Paling Bijak!”- Sultan Nazrin Adalah Satu-Satunya Sultan Yang Pertama Memiliki PHD Di Malaysia Ketika Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    “Tuntutlah ilmu walau ke negara China”
    Ini adalah bait kata yang sangat masyhur di kalangan kita lebih-lebih lagi apabila kita membicarakan topik menuntut ilmu.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah
    (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas,
    ayat 77)

    Sehubungan itu, kita juga diperintahkan Allah SWT supaya menuntut ilmu untuk dunia dan akhirat. Malah, menuntut ilmu adalah fardu (wajib) ke atas setiap Muslim.

    Berbahas soal ini, Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Sultan Perak ke-35, telah menarik perhatian ramai bukan hanya sebagai seorang pemimpin berjiwa besar tetapi juga sebagai seorang ilmuwan.  Ini kerana baginda merupakan satu-satunya Sultan Malaysia yang memiliki gelar PhD pada masa ini.

    Kecemerlangan akademik baginda menyusuli pengurniaan gelar Doktor Falsafah, iaitu menjadikan sultan pertama yang ada PHD di Malaysia. Baginda berkelulusan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti
    Harvard, Amerika Syarikat.

    Tidak hanya itu, Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

    Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari tahun depan, diputerakan pada 27 November 1956.

    ALSO READ:  Raf Yaakob Beri ‘Hint’ Bertemu Kekasih, Netizen ‘Geram’ Dengan Plot Twist!-“Baru Nak Broken…”

    Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987.

    Setelah kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

    Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts