Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBakal Kahwin Dengan ‘Mat Saleh’, Ini Yang Lucinta Luna Pakai Ketika Bertunang!

    Bakal Kahwin Dengan ‘Mat Saleh’, Ini Yang Lucinta Luna Pakai Ketika Bertunang!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Transgender popular Indonesia, Lucinta Luna telah mengejutkan orang ramai dengan berita pertunangannya. Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah, telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Arten Boltian (Alan) yang berasal dari Ukraine.

    Untuk pengetahuan kamu, majlis pertunangannya diadakan di Pullman Bali yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat sahaja. Menerusi perkongsiannya di Instagram, majlis tersebut nampak sangat meriah dengan dekorasi serta pakaian Lucinta sendiri.

    Psst… Kamu nak tahu apa yang Lucinta pakai ketika majlis pertunangannya?

    Khasnya untuk majlis pertunangannya, Lucinta telah mengenakan gaun vintaj yang labuh dalam rona putih berkrim daripada Michelle Ann Bridal House. Gaunnya itu mempunyai potongan off-shoulder yang diperincikan dengan sweep train dan juga lace bermotifkan  bunga.

    Foto – @lucintaluna_manjalita (IG)

    Manakala mekapnya yang soft glam itu menaikkan seri kecantikannya sebagai bakal pengantin. Rambutnya pula digayakan dalam stail low bun.

    Foto – @lucintaluna_manjalita (IG)

    Penampilannya itu dilengkapkan dengan rantai dan anting-anting berlian, koleksi Infinate daripada jenama Cushionels.

    Foto – @lucintaluna_manjalita (IG) / @cushionels (IG)

    Sekadar info, Alan merupakan seorang model yang mempunyai kontrak dengan sebuah agensi model ternama di Bangkok, Thailand. Lucinta pula dikenalkan dengan sekumpulan model (termasuk Alan) ketika dia bercuti di Bangkok.



    Credit: Fesyen – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts