Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBakat Seni Dihargai, Stacy Terharu Terima Anugerah Darjah Kinabalu

    Bakat Seni Dihargai, Stacy Terharu Terima Anugerah Darjah Kinabalu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi popular, Stacy Anam bersyukur kerana namanya tersenarai sebagai penerima Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) sempena ulang tahun Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin ke-71.

    Anugerah Yang Menyuntik Semangat

    Stacy mengatakan bahawa dia dapat tahu namanya tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu daripada rakan artis, Marsha Milan.

    Bila dapat tahu berita gembira ini saya bertanya kepada diri, layakkah saya menerima anugerah berkenaan? Pada masa sama, saya gembira kerana bakat seni dihargai.

    Menurut Stacy, anugerah itu turut menyuntik semangat padanya untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat terutama di Negeri kelahirannya itu.

    Sudah 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air, Stacy berkata, dia ada perancangan untuk kembali menetap di Sabah pada masa depan.

    Berhajat Kembali Ke Sabah

    via Instagram Stacy

    Menurut Berita Harian, Stacy menyatakan bahawa apabila dapat anugerah ADK itu, dia berasa mahu kembali semula ke Sabah.

    Saya kini menetap di Semenanjung Malaysia bersama suami dan anak-anak.

    Namun, bila kembali ke Sabah selama dua minggu ketika cuti sekolah, baru-baru ini, perasaannya sangat berbeza sama sekali.

    Saya berasa jiwa ada di kampung halaman. Impian saya untuk kembali semula ke Sabah dan memberi sumbangan serta berbakti kepada masyarakat.

    Sementara itu, berkongsi perkembangan karier seni, kata Stacy, dia merancang menghasilkan lagu untuk Sabah, tidak lama lagi.

    Selain Stacy dan Marsha, barisan artis lain yang tersenarai antara 274 individu penerima ADK ialah Velvet Aduk, Elica Paujin dan Rosario Bianis.

    Related articles

    Follow Us

    20,223FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts