Hantaran di Instagram Stories (IG Story) milik pelakon sensasi, Ruhainies mencuri perhatian apabila dia berkongsi kata-kata seorang tokoh agamawan mengenai akibat menyebarkan aib orang lain.
Akibat buka aib
Akibat tersebut adalah Allah akan membuka aib orang yang menyebarkan aib orang lain sebagai balasan yang setimpal di atas perbuatan tidak baik itu.
Akibat menyebarkan aib orang lain. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin berkata, ketahuilah bahawa sesungguhnya jika engkau menyebarkan aib-aib saudaramu, maka sesungguhnya Allah akan menguasakan terhadap dirimu orang lain yang akan menyebarkan aib-aibmu sebagai balasan yang setimpal.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, aktres berusia 31 tahun itu berkongsi petikan ayat mengenai aib seseorang yang masih ditutup Allah.
Kita dipandang baik kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik. Namun kerana Allah menutupi aib kita.
Sabtu lalu, nama Ruhainies kecoh diperkatakan selepas dia dan aktor Aliff Aziz ditahan oleh Jabatan Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.
Isteri Aliff iaitu Bella Astilla turut hadir ke pejabat JAWI susulan suaminya ditahan namun tidak memberikan sebarang kenyataan disebabkan masih berasa terkejut.
Sementara itu, Aliff dan Ruhainies menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing ada mengeluarkan kenyataan dengan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi tidak benar termasuk menidakkan dakwaan mereka ditangkap basah.