Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBangga Berwajah Melayu Meskipun Dikatakan ‘Biasa-Biasa’, Azrel Ismail Akui Muka Lelaki Melayu...

    Bangga Berwajah Melayu Meskipun Dikatakan ‘Biasa-Biasa’, Azrel Ismail Akui Muka Lelaki Melayu Lebih Laku

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bagi pelakon berusia 39 tahun, Azrel Ismail, pelakon yang memiliki wajah Melayu meskipun dikatakan biasa sahaja atau ‘awam’ sepatutnya berbangga kerana ia bukan satu ‘kutukan’ tetapi kelebihan buat mereka.

    Kata Azrel, hakikatnya, wajah-wajah Melayu ini sebenarnya boleh ‘mencari makan’ dalam industri seni dan mendapat permintaan yang tinggi.

    “Saya tak faham kenapa ada orang pertikai pelakon itu berwajah awamlah, Melayu sangatlah. Kalau sudah namanya pun Melayu, Amir dan Nadhir, memang tak larilah dengan jati diri Melayu itu.

    “Saya juga tak lihat ini sebagai satu kekurangan sebab kebanyakan drama, pelakon yang bermuka Melayu ini lebih laku daripada yang berwajah Pan Asia. Kalau yang berwajah Pan Asia pula mungkin lebih sesuai untuk komersial atau penjenamaan.

    Selain itu, kata Azrel, adakala perkara ini juga tertakluk kepada syarat sesebuah produksi atau stesen televisyen mengikut karya yang mahu dihasilkan.

    “Kalau diperhatikan, sekarang ini, rasanya ramai yang suka tonton drama Korea. Jadi, kebanyakan produksi mahukan pelakon yang memiliki ciri wajah Korea pula.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts