Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bangun Tengah Malam Bukan Cabaran Sebab Ia Akan Datang Sekali Sahaja, Mereka...

    ‘Bangun Tengah Malam Bukan Cabaran Sebab Ia Akan Datang Sekali Sahaja, Mereka Cepat Membesar’ – Yuna Rahim

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Yuna Rahim akui dirinya sangat gembira sepanjang sebulan lebih bergelar ibu.

    Enjoy jadi ibu

    Menerusi temu bual bersama Yuna berkata, bangun tengah malam untuk memberi susu kepada anak, Muhammad Hud Adyan bukanlah suatu perkara yang mencabar sebagai seorang ibu.

    Saya sangat enjoy jadi seorang ibu kalau ramai yang nak tahu. Contoh bangun tengah malam itu bagi saya bukan cabaran, malah, ia membuatkan saya seronok. Sebab benda macam ini akan datang sekali sahaja. Sebab anak kita akan cepat membesar. Jadi momen bangun tengah malam itu tidak akan kekal lama.

    Yuna yang ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Pendek Pertama Di Malaysia anjuran Just Work Entertainment, baru-baru ini, turut memberitahu bahawa dia tidak takut untuk menghantar anak ke rumah pengasuh sekiranya kembali aktif berlakon.

    Soal berat atau tak nak tinggal anak sewaktu bekerja, bagi saya tak. Kalau saya kena kerja memang saya akan bagi dekat orang untuk jaga anak. Saya tak takut nak hantar anak ke pengasuh sebab ia dalam kalangan keluarga. Lagipun, berlakon itu sumber mata pencarian saya, jadi saya tak boleh nak buat apa.

    Tambah Yuna, suaminya iaitu Muhammad Nurakmal Ayub seorang yang sangat memahami bahkan, mereka sudah berbincang mengenai perkara tersebut.

    Suami sangat memahami sebab dia dalam bidang yang sama cuma di belakang tabir.

    Berbicara lebih lanjut, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui bahawa emosinya mudah terkesan selepas bergelar ibu.

    Perubahan yang paling ketara yang saya nampak ialah saya mudah tersentuh dari segi emosi. Dulu saya seorang yang sangat kasar, sekarang saya rasa macam lembut. Saya tak boleh tengok berita viral pasal orang dera atau apa sahaja melibatkan anak-anak.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Yuna mengenai perancangan karier selepas ini. Pelakon drama ‘Syuga Untukmu’ ini mahu menghadiri sesi casting bagi pencarian pelakon untuk drama pendek anjuran Just Work Entertainment.

    Kalau diberi peluang saya memang nak berlakon dalam drama pendek. Bagi pandangan saya, sekarang semua orang suka tengok drama yang pendek. Di samping itu, drama pendek sebegini memberi peluang dan ruang kepada semua untuk terlibat sama.

    ALSO READ:  Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies? Netizen Setuju! -“Kenapa Bukan PA Tolong Angkat Barang?”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts