Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Banyak Jenama Datang & Beritahu Saya…Memang Dia Suka Buat Surat Layang’ –...

    ‘Banyak Jenama Datang & Beritahu Saya…Memang Dia Suka Buat Surat Layang’ – Ruhainies

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Ruhainies mengakui masih ada lagi beberapa platform laman sosial yang sengaja menyebarkan berita tidak sahih berhubung dirinya dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.

    Nak menjatuhkan saya

    Menerusi temu bual bersama Ruhainies berkata, dia tidak kisah dan tidak ambil peduli mengenai perkara tersebut sebaliknya, percaya pada rezeki yang Allah sudah aturkan.

    Sebenarnya, kalau nak diikutkan sejak bulan Mac lagi sudah wujud page yang tidak dikenali dekat Facebook, Instagram dan beberapa platform media sosial yang lain. Mereka memang menganggu kerja saya.

    Ada banyak jenama yang datang pada saya dan maklumkan orang yang sama pernah email mereka. Jadi, saya tak pasti siapa. Memang dia suka buat surat layang.

    Memang sengaja nak menjatuhkan saya. Tapi bagi saya, saya percaya pada rezeki. Walaupun ada orang cuba jatuhkan dan ada berniat jahat, at the end of the day, rezeki datang daripada Allah.

    Disoal sama ada masih lagi membaca komen negatif daripada netizen di media sosial ataupun tidak, pelakon drama ‘Terjerat’ ini berkata, tidak.

    Ruhainies yang ditemui ketika acara Mid-Autumn Festival yang diadakan di Maison Fiziwoo, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada malam, Rabu, mengakui dia banyak menghabiskan masa dengan urusan kerja di dalam dan luar negara.

    Saya fokus kerja dan banyak travel sekarang ini. Saya perlu teruskan kehidupan seperti biasa. InsyaAllah saya akan umumkan sesuatu yang istimewa nanti.

    Pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas ini, turut menjawab dakwaan mengenai hubungannya dengan seorang aktor dari Thailand iaitu Alek Teeradetch.

    Ujar adik kepada aktres Nur Risteena ini, mereka sekadar berkawan dan tidak mempunyai hubungan yang istimewa.

    Saya dan pelakon itu pergi untuk bekerja. Dia mewakili negara dia iaitu dari Thailand dan saya pergi untuk Malaysia. Yang pergi memang wakil artis dari setiap negara.

    Terdahulu, viral seorang selebriti tempatan didakwa cuba memikat teman lelaki kepada aktres Thailand Bow Maylada iaitu Alek Teeradetch yang juga aktor ketika menyertai satu percutian, baru-baru ini.

    ALSO READ:  Ruhainies Maafkan Netizen – ‘Mereka Tiada Di Tempat Kejadian, Tidak Tahu Cerita Sebenar’

    Perkara tersebut didedahkan seorang individu yang memaklumkan selebriti tempatan itu turut mencuba nasib mengurat seorang lelaki bernama Erik.

    Meskipun tidak mendedahkan mana-mana selebriti, namun rata-rata warganet memetik nama Ruhainies selepas mereka mendapatkan bayangan daripada e-mel tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts