Pelakon Tony Eusoff tidak menolak sekiranya isu penceraian dalam kalangan rakan-rakan selebriti di Malaysia sedikit sebanyak menimbulkan rasa trauma untuk berumah tangga.
Adakah Suatu Trend?
Menurut Harian Metro, Tony pernah terlintas di fikirannya, adakah penceraian yang berlaku secara berturut-turut sejak kebelakangan ini menjadi umpama satu ‘trend’.
Kawan-kawan kita ada yang bercerai di sana sini. Macam adakah itu satu ‘trend’? Jadi saya fikir, okaylah. Nasib baiklah saya belum berkahwin lagi.
Ditanya mengenai jodoh, Tony juga kini enggan mengejar cinta kerana baginya, sekiranya cinta terlalu dikejar, ia mungkin akan pergi lebih jauh.
Buat masa sekarang, tidak. Benda ini aturan Tuhan. Kalau dia datang, datanglah.
Kadangkala, benda berkaitan jodoh ini kalau kita tak cari sangat, ia akan datang sendiri.
Kalau kita terlalu mengejar, kita takkan dapat sebab dia ‘lari’ lebih laju.
Ya, pernah ada pengalaman. Awak ingat saya tak pernah kecewa? Ramai saja yang saya pernah kejar tapi tak dapat.
Mengejar Cinta 10 Tahun Lalu
Kali terakhir Tony mengejar cinta adalah lebih kurang 10 tahun lalu. Namun, cintanya ditolak secara baik dan dia kini masih bersahabat dengan wanita itu.
Selepas itu dah tak ada kejar. Tapi, selepas itu saya ada kekasih selama sembilan tahun, tapi dah berpisah. Kami putus pun secara baik.
Kami pun dah tua, takkan nak gaduh-gaduh kan. Kami pun bukan budak sekolah. Kami pun masih lagi bersahabat di mana saya masih lagi berkawan dengan keluarga dia. Ya lah, sembilan tahun kan.
Terbaharu, Tony sudah selesai menjalani penggambaran filem Martabat: Misi Berdarah yang menjadi filem parodi daripada beberapa filem peperangan tempatan.