Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBanyak Pantang Larang Untuk Jadi Penyanyi, Ara Johari Akui Tak Boleh Terkena...

    Banyak Pantang Larang Untuk Jadi Penyanyi, Ara Johari Akui Tak Boleh Terkena Air Hujan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Langit tidak selalu cerah dalam iklim tropika negara kita. Secara umumnya, cuaca di Malaysia biasanya sama ada panas dan kering, atau basah dan hujan, bergantung kepada musim monsun, cuaca boleh berubah dengan pantas pada hari yang sama.

    Bahkan, keadaan cuaca boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kita jatuh sakit, terutamanya ketika krisis iklim global ini.

    Ini kerana pada hari hujan, kita cenderung mengalami selesema atau demam akibat perubahan suhu ataupun pendedahan kepada patogen yang meningkat.

    Berbahas soal ini, penyanyi Ara Johari mengakui tidak boleh terkena air hujan dan akan mudah jatuh sakit, sekali gus menyebabkan tekaknya mengalami masalah untuk menyanyi.

    Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izatie Johari berkata, sebelum ini dia tidak mempunyai masalah jika terkena air hujan, namun kini tahap kesihatannya ternyata berbeza.

    “Sekarang saya sangat mudah hilang suara jika terkena hujan. Kalau kena (hujan), saya mesti terus mandi. Kalau tidak akan dapat selesema dan seterusnya sakit tekak.

    “Banyak sangat pantang sekarang. Bila batuk, saya tidak boleh menyanyi selama berminggu-minggu. Berbeza dengan dahulu. Saya tidak ada masalah dengan hujan. Malah saya lagi suka membuat persembahan ketika hujan kerana berasa lebih puas,” ujarnya.

    Menurut sumber laporan Kosmo, masalah yang dialami penyanyi itu sedikit sebanyak membuatkan Ara berasa kurang motivasi dan perlu lebih berhati-hati dengan mengelak daripada terkena hujan.

    “Jika terkena (hujan), saya harus cepat-cepat mandi dan berehat. Sekiranya dibiarkan, saya akan selesema dan hilang suara.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Bunga itu tidak menolak masalah yang dialaminya itu mungkin berpunca selepas dia dijangkiti Covid-19 sebanyak empat kali sebelum ini.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts