Pendedahan dibuat wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengakui dirinya kekasih kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz telah menyorot perhatian wargamaya.
Sehinggakan ada yang menyarankan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan memandangkan Aliff berulang kali kantoi dengan ramai wanita.
Tolong ‘banned’ Aliff Aziz
Aku tak ambik port pasal Alif Aziz ni.
Tapi.. bila selalu lalu cerita² yg merosakkan akhlak masyarakat ni, aku rasa sudah tiba masanya pihak Kementerian atau pihak berwajib BAN si Alif Aziz dari keluar mana² TV atau drama di Malaysia.
Serious menjatuhkan maruah agama.
— Zac (@ZacZakirin13) April 22, 2024
Terbaharu, seorang pengguna aplikasi X yang dikenali sebagai @ZacZakirin13 pula tampil memberikan komennya mengenai isu melibatkan pelakon berusia 33 tahun itu.
Menerusi ciapan yang dibuat, Zakirin beranggapan gosip tular melibatkan Aliff sejak akhir-akhir ini seolah telah menjatuhkan maruah agama Islam.
Susulan itu, dia mencadangkan agar mana-mana pihak berwajib dan bertanggungjawab untuk tidak lagi menawarkan Aliff untuk berlakon atau pun terlibat dengan mana-mana rancangan hiburan di Malaysia.
Aku tak ambik port pasal Alif Aziz ini.
Tapi bila selalu lalu cerita-cerita yang merosakkan akhlak masyarakat, aku rasa sudah tiba masanya pihak Kementerian atau pihak berwajib ‘ban’ Alif Aziz dari keluar mana-mana rancangan televisyen atau drama di Malaysia.
Serius, menjatuhkan maruah agama.
Ciapan tersebut turut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Zakirin.
Terdahulu, Sarah mendedahkan dirinya ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.
Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.