Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBapa Dedah Punca Salman Khan Kekal Bujang & Tak Kahwin- “Dia...

    Bapa Dedah Punca Salman Khan Kekal Bujang & Tak Kahwin- “Dia Cuba Tukar Wanita Menjadi…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Nama Salman Khan sentiasa membuatkan peminatnya teruja, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

    Walaupun pernah jalinkan hubungan dengan aktres terkenal seperti Sangeeta Bijlani dan Katrina Kaif, Salman tidak pernah mengumumkan perkahwinan. Dan perkara ini membuatkan peminat ingin tahu sebabnya…

    Foto – Odysha Byte

    Dalam sebuah temu bual lama dengan Komal Nahta, bapa Salman iaitu Salim Khan ada berkongsi punca mengapa anaknya itu tidak berkahwin. Menurut Salim, Salman sering tertarik dengan aktres yang bekerja dengannya kerana kecantikan dan masa yang mereka habiskan bersama di set filem.

    Walau bagaimana pun, keadaan berubah apabila hubungan Salman dan aktres itu mula menjadi serius.

    Foto – Hindustan Times

    Salim menjelaskan bahawa anaknya itu mencari sifat dalam pasangan yang mengingatkan Salman kepada ibunya setiap kali menjalinkan hubungan atau menuju ke arah komitmen.

    “Selepas komitmen, dia (Salman) akan cuba untuk menukar wanita itu dan mencari sifat ibunya dalam dirinya. Perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana ibunya dan wanita lain ialah individu yang berbeza.”

    Foto – India Times

    Salim juga menekankan bahawa wanita yang bekerja, terutamanya peakon yang berada di puncak kerjaya mereka, tidak akan meninggalkan kehidupan profesional mereka untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suri rumah.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts