Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi khabar duka mengenai bapa mentuanya, Mohd Rashid Mohd Abas telah pergi menghadap Illahi pada jam 4.00 pagi tadi.
“Perginya Ayah Mentua Kesayangan Saya…”
Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram, memohon orang ramai untuk menitipkan doa buat Allahyarham.
“Perginya ayah mentua kesayangan saya. Pagi ini saya dan isteri dikejutkan 4.00 pagi berita pemergian bapa mentua kesayangan saya di Sungai Layar, Kedah.
Kami sekeluarga akan ke Kedah. Doakan ayah mentua saya Mohd Rashid Mohd Abas ditempatkan di kalangan orang yang beriman.”-tulis Aliff di Instagram
Jenazah Allahyarham Akan Dikebumikan Di Sungai Layar, Kedah
Tambahnya lagi, Aliff turut memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham yang merupakan bapa kandung kepada Datin Seri Shahida Mohd Rashid akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar, Sungai Petani, Kedah, hari ini.
“InsyaAllah jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Layar, Sungai Petani, Kedah pada hari ini. Kepada anda yang mengenali beliau, saya mohon untuk kita sama bersembahyang jenazah pada hari ini berhamprian Masjid di Sungai Layar.”-tulis Aliff lagi
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti membanjiri ruangan komen mendoakan buat Allahyarham serta memberikan kata semangat buat Aliff sekeluarga agar tabah menghadapi ujian.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..