Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBapa Mentua Syifa Melvin Meninggal Dunia-“Rehatlah Abah Sehingga….”

    Bapa Mentua Syifa Melvin Meninggal Dunia-“Rehatlah Abah Sehingga….”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid berkongsi khabar duka mengenai bapanya, Rasid Sulong yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Jumaat.

    Bapa Safawi Rasid Meninggal Dunia

    Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh Safawi menerusi hantaran di Insta Stories miliknya.

    “Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah. (Rasid Bin Sulong).”-kongsi Safawi

    “Rehatlah Abah Sehingga Berjumpa Di Syurga Nanti…”

    Dalam pada itu, isteri kepada Safawi iaitu pelakon dan model, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin atau lebih dikenali sebagai Syifa Melvin turut berkongsi foto bersama bersama Allahyarham serta menerima pemergian bapa mentuanya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

    “Abah telah kembali ke Negeri abadi. Rehat;ah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah.”-tulis Syifa di Insta Stories

    Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarha bapa kepada Safawi yang juga bapa mentua kepada Syifa Melvin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Al-Fatihah…

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts