Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBarisan Rakan Selebriti Titip Doa & Kata Semangat Buat Janna & Dini-“Jangan...

    Barisan Rakan Selebriti Titip Doa & Kata Semangat Buat Janna & Dini-“Jangan Peduli Cakap Orang..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Janna Nick sebelum ini meluahkan rasa sebak terhadap tuduhan seorang netizen terhadap suaminya, Dini Schatzmann.

    Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Janna akui terkesan dengan komen salah seorang netizen yang mendakwa Dini mempunyai lebih hormon wanita yang menyebabkan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

    “Saya mohon maaf kerana terlalu emosi. Kali ini, saya tidak dapat kawal perasaan saya.

    Bila orang tanya bila nak ada anak, saya tak tahu nak jawab apa. Saya tanya kepada Allah SWT bila saya boleh dapat anak.

    Macam-macam ujian kami dah buat dan bulan 10 genap setahun saya buat rawatan IVF tapi gagal.

    Saya juga kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang ambil masa yang panjang sebab saya nak ubah cara hidup, kerja dan makanan.

    Tolong henti assuming saya ada baby bump atau saya mungkin hamil. Jika saya hamil, saya akal beritahu anda semua!”-kata Janna Nick

    View this post on Instagram

    A post shared by Janna Nick (@jannanick)

    Rakan Selebriti Beri Kata Semangat

    Luahan Janna dibanjiri komen rakan selebriti yang menitipkan kata-kata semangat buat Janna untuk tidak terlalu memikirkan kata-kata orang lain selain mendoakan agar pasangan ini dikurniakan rezeki cahaya mata kelak.

    “InsyaAllah my dear Janna. Allah Maha Tahu. Ada rezeki Janna, sure akan sampai sayang. Jangan peduli cakap orang. Enjoy you and hubby dulu nanti sampai masa InsyaAllah Allah akan kurniakan anak-anak yang comel-comel insyaAllah sayang.”- Lana Nodin

    “Its okay Janna Nick. Tak payah fikir apa manusia-manusia punya perangai. Allah lebih tahu. Bila, dan masa yang sesuai DIA nak bagi kat hampa. Dia tau hampa mampu dengan ujian kecil yang Dia bagi sekarang.”

    “Prayers to both of you Dini & Janna.”- Imran Aqil

    “Biarkan dorang Janna. You got this.”- Scha Al Yahya

    “Love you Janna. Hugs.”- Mira Filzah

    “Babygirl.. Allah knows …and Your baby knows when is the right time for you both❤️❤️
    Kita selalu doakan it will happen for you both as it is truly a miracle that many people do not appreciate.🤲🏻. Semoga Allah meringankan beban di hatimu dan semoga mereka-mereka yang menulis dan memberi kata-kata kurang ajar dan negatif tu terus HILANG dari hidupmu 😭😡.”- Che Puan Sarimah Ibrahim

    “Janna 😢 it’s okay janna, rezeki belum sampai inshaallah soon tu.. Please ignore negative comments and jangan stress yourself with those comments yang bangang and takda common sense. May Allah ease everything for you both ❤️.”- Elvina Mohamad

    “Sabar beb, InsyaAllah rezeki awak akan tiba.”-Fizo Omar

    Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Janna dan Dini agar dikurniakan rezeki cahaya mata kelak…Apa komen anda?

    ALSO READ:  [VIDEO] – ‘Persembahan Ini Adalah Tribute Khas Buat Arwah Abah & Abang Ipar’ – Shiha Zikir, Kakak Menangis Di Pentas Famili Duo



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts