Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan turut meluahkan rasa berang dengan dua orang pembantu rumah adik perempuannya, Ayu Raudhah yang lari daripada kediaman mereka di Seremban pada Rabu lalu.
Artikel berkaitan: Ayu Raudhah Akui Trauma Kes Pembantu Rumah Lari, Syukur Suami Bawa Keluar Anak-Anak Semasa Kejadian
Artikel berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Pantang Tengok Wanita Tak Bersiap – ‘Sekurang-Kurangnya Keringkan & Sikatlah Rambut’
Baru 21 hari bekerja
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia bertambah geram apabila salah seorang daripada mereka tergamak berlaku curang dengan suami sendiri.
Saya kalau jumpa maid tu, saya pijak leher dia! Baru kerja 21 hari dah gila ikut jantan.
Ayu ada terima mesej daripada suami salah seorang maid tu mengatakan isterinya selingkuh dengan lelaki lain.
Che Ta berkongsi perkara tersebut semasa ditemui di sidang media Pesta Portmeirion Jiwa Merdeka di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, pada Sabtu.
Bercerita tentang kejadian tersebut, suami kepada Ayu iaitu Zaquan Adha menghantar pulang kedua-dua pembantu rumah dari rumah ibunya ke rumahnya untuk ditugaskan membasuh baju.
Dia ada tiga maid. Seorang balik cuti jadi tinggal dua. Waktu siang tu anak dia tinggal dua orang, empat orang lagi sekolah. Ayu dengan baby dekat rumah saya sebab mak saya jaga masa pantang.
Jadi hari itu, Zaquan balik gym pukul satu setengah petang, tengok mak dia tengah masak. Bila periksa, maid dalam bilik tengah tidur berselimut pasang aircond dengan anak dia tak mandi, baju tak berbasuh.
Masa itu Zaquan dekat rumah mak dia, jadi dia hantar maid balik ke rumah dia untuk basuh baju nanti petang dia jemput semula. Rumah Zaquan dengan rumah mak dia dekat, dalam lima minit saja kalau berjalan.
Namun, timbul keraguan apabila pembantu rumahnya tidak menjawab panggilan dan apabila diperiksa di rumah didapati mereka berdua sudah lari dari rumah.
Zaquan bawa dua orang anak tu pergi jemput abang-abang mereka balik dari sekolah, bila dia call maid dia tak angkat telefon. Bila balik tengok kunci dah dekat pagar dan mereka lari ikut pintu belakang.
Berkongsi lanjut, Che Ta mendedahkan kedua-dua pembantu rumah tersebut rupanya sudah merancang untuk lari dari rumah.
Bersyukur ‘maid’ masih bertahan
Dalam pada itu, Che Ta bagaimanapun bersyukur masih mempunyai pembantu rumah dan sudah bertahan selama empat tahun.
Sekarang maid saya ada seorang. Saya cakap dengan dia buat yang mana sempat saja. Yang tak sempat saya panggil daily maid.
Saya pun tak tertekan sebab sekarang susah nak dapat maid dan Alhamdulillah yang ni dah empat tahun dengan saya.
Terdahulu, Che Ta memuat naik satu hantaran dan meminta orang ramai yang terserempak dengan dua pembantu rumah itu untuk menghubunginya.