Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBaru Dilancarkan! Penerbangan Terus AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu Sasar Lebih...

    Baru Dilancarkan! Penerbangan Terus AirAsia dari Jakarta ke Kota Kinabalu Sasar Lebih Ramai Pelancong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Berita baik bagi pelancong dari Indonesia, lagi-lagi mereka yang berada di Jakarta kerana kini mereka boleh terbang terus ke Kota Kinabalu, Sabah. Ini merupakan laluan antarabangsa pertama Indonesia AirAsia di tahun 2024, dan sekaligus menjadi satu-satunya penerbangan langsung yang menghubungkan Jakarta ke Kota Kinabalu, ‘Negeri Di Bawah Bayu’.

    Laluan ke Kota Kinabalu ini adalah laluan kelima yang dioperasikan oleh Indonesia AirAsia untuk terbang terus ke Malaysia dari Jakarta. Selepas sebelum ini membuka laluan Jakarta-Kuala Lumpur, Jakarta-Johor Bahru, Jakarta-Pulau Pinang dan Jakarta-Kuching.

    Penerbangan pertama AirAsia Indonesia dengan kod QZ 526 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta (CGK) berjaya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) pada 15:55 waktu tempatan dan menerima water salute.

    IKLAN

    Kota Kinabalu terkenal dengan budaya, dari muzium, pantai hingga gunung tertinggi di Malaysia. Pelancong boleh mencuba untuk mendaki Gunung Kinabalu dan menikmati matahari terbit dari ketinggian 4,095 meter.

    Pelancong juga boleh mengunjungi destinasi pelancongan kegemaran lain di Sabah seperti Pantai Tanjung Aru, Muzium Negeri Sabah, Perkampungan Budaya Mari Mari, Menara Jam Atkinson, Pasar Minggu Jalan Gaya, KK Waterfront dan Taman Tanjung Aru Perdana.

    Menurut data Biro Pusat Statistik Indonesia, sepanjang tahun 2023 pelancong dari Malaysia akan menduduki kedudukan pertama sebagai pelancong asing paling ramai mengunjungi Indonesia dengan jumlah 16.28% atau 1,901,242 pelancong. Begitu juga dengan Indonesia, berdasarkan data Jabatan Imigresen Sabah dalam tempoh Januari – November 2023, pelancong asing dari Indonesia turut menduduki tempat ketiga atau seramai 78,693 pelancong melawat Sabah.

    Tiket penerbangan dari Jakarta (CGK) ke Kota Kinabalu (BKI) kini boleh dibeli melalui aplikasi airasia MOVE, laman web airasia.com, Pusat Perjalanan & Perkhidmatan AirAsia (ATSC), agensi perjalanan dalam talian dan ejen penjualan tiket yang sah.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts