Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas didakwa mencabul anak tirinya yang berusia 13 tahun sebanyak dua kali di lokasi yang berbeza.
Cabul anak tiri
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Regional Kompas, suspek yang berusia 50 tahun itu baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama isteri baharunya yang juga merupakan ibu kandung mangsa. Namun siapa sangka, baru dua minggu bergelar bapa tiri, suspek sudah tergamak melakukan perbuatan keji itu terhadap anak isterinya.
Kejadian itu dilakukan suspek sebanyak dua kali iaitu di rumah dan ketika remaja itu membonceng motosikal. Difahamkan, mangsa mengadu kepada ibunya bahawa lelaki itu telah mencabul dengan cara meraba pada bahagian dadanya.
Sebaik menerima kiriman mesej daripada anak perempuannya itu, wanita berkenaan bergegas pulang ke rumah untuk mencari kebenaran. Jiran tetangga yang mendengar perbalahan itu kemudian tampil membuat laporan. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak tirinya kerana tidak dapat mengawal nafsu.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis dan jika sabit kesalahan, bakal dijatuhi hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum selama 15 tahun.