Penyanyi, Anuar Zain masih menawan 8,000 penonton yang hadir ke konsert Anuar Zain 40th Anniversary pada Sabtu lepas walaupun mengaku tidak berapa sihat.
Kehilangan Suara
Walaupun dia kehilangan suara dan perlu menggunakan nebulizer semasa selingan persembahan, Anuar tetap memberikan persembahan yang hebat buat peminat yang hadir untuk konsert yang berlangsung selama tiga jam.
Anuar Zain juga menyatakan apa yang berlaku tidak diminta dan dirancang, namun demi peminat-peminat setianya yang datang ke konsertnya, dia harus lakukan yang terbaik.
Kamu tahu sakit ini bukan saya cari, saya tak cari pun hilang suara, saya tak cari pun batuk, saya tak cari pun demam,kalau dia nak jadi ia jadi.
Memaklumkan Kepada Penonton
Malah Anuar Zain turut bersyukur kerana perkara terjadi seminggu sebelum konsert itu berlangsung dan dia mendedahkan bahawa dia juga tidak dapat membuat ‘rehearsal’ dan hanya mendengar apa yang telah dilatih sebelum ini.
@sinar_my Anuar Zain tetap kuat hiburkan peminat malam ni biarpun kurang sihat! Tapi jangan risau, keadaan BangNuar kita baik-baik saja 『 Anuar Zain 40th Anniversary Concert 』 #SINARKongsi #LiveUpdateSINAR #AZ40 #AnuarZain #AnuarZain40thAnniversaryConcert
Anuar Zain juga turut memaklumkan bahawa dia terpaksa memberitahu keadaannya kepada penonton agar penonton mengetahui keadaannya pada malam itu.
Bukanlah Konsert Terakhir
Menurut Astro Awani, bercakap mengenai adakah ini konsert terakhir beliau, jawapan yang diberikan sangat mudah jika ada rezeki sudah semestinya dia akan mengadakannya lagi konsert buat peminat-peminatnya.
Pada malam tersebut, Anuar Zain menyampaikan lebih kurang 20 buah lagu antaranya Sedetik Lebih, Ketulusan Cinta, Ajari Aku, Bila Resah, Perpisahan dan Mungkin.
Konsert Anuar Zain 40th Anniversary yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam turut dihadiri oleh Dina Nadzir,Syamel, Ernie, Misha Omar,Datuk Sheila Majid, Datuk Acis, Datuk Syafinaz Selamat dan kakaknya, Ziana Zain.