Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBawa Pulang Telekung Ke Korea, Maryam Sebak Ibu Terbuka Hati Pelajari Agama...

    Bawa Pulang Telekung Ke Korea, Maryam Sebak Ibu Terbuka Hati Pelajari Agama Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara.

    Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.

    Allah SWT mengutuskan para Nabi dan Rasul, serta diturunkan bersama mereka beberapa kitab suci. Selepas zaman kenabian, Allah SWT mengiktiraf pula para ulama sebagai pewaris nabi yang bertindak mengajak umat manusia kepada keredhaan Allah SWT.

    Semua itu merupakan bukti yang jelas atas adanya ketersediaan pelbagai cara dan saluran bagi manusia untuk memperolehi hidayah daripada Allah SWT.

    Berbahas soal itu, pempengaruh media sosial, Maryam Younaarae berkongsi rasa sebak keterbukaan ibunya untuk mendalami agama Islam.

    Maryam menjelaskan ibunya turut membawa pulang ke Korea telekung miliknya untuk mendalami agama Islam selepas mengikutinya ke masjid ketika bercuti di Malaysia.

    “Ibu datang bercuti di Malaysia selama dua minggu dan pada hari terakhirnya di sini, saya mengajak ibu untuk mengikut saya ke masjid. Saja hendak memberikan pengalaman kepada ibu untuk merasai pengalaman dan perasaan menjejakkan kaki ke masjid.

    “Bukanlah hendak memaksa ibu memeluk agama Islam, cuma memberikan pengalaman yang baru kepadanya. Malah, saya juga tidak ‘expect’ ibu setuju untuk mengikut saya ke masjid pada waktu Subuh.

    “Lebih mengejutkan, ibu hanya tidur dua jam saja dan sudah bangun awal hendak mengikut kami ke masjid. Malah, saya turut memberitahu kepada ibu, perlu menutup aurat jika masuk ke masjid.

    “Sejujurnya saya tidak dapat mengungkapkan dengan kata-kata perasaan ini. Ada rasa sedih, gembira dan semuanya ada. Jadi, ibu meminta untuk membawa pulang telekung untuk mendalami Islam,” katanya.

    Selain Maryam, filem itu turut dibintangi oleh Achey, Isyariana dan ramai lagi.

    ALSO READ:  Sedia Pelbagai Perkhidmatan & Permainan Interaktif- Booth KWSP Di KJH Terengganu Diserbu Pengunjung!

    Terdahulu, Maryam memuat naik perkongsian di Instagram bersama ibunya serta memaklumkan hari terakhir dia bersama ibunya di Malaysia dan akan pulang ke Korea.

    Menerusi entri berkenaan, Maryam berkata sudah 3 tahun dia tinggal di Malaysia dan berjauhan dengan keluarga.

    Menurutnya, sebagai anak perempuan tunggal dia juga turut rindukan kasih sayang seorang ibu dan kehadiran ibunya itu membuatkan dirinya rasa disayangi.

    Sejak Januari lalu, perkongsian personaliti media sosial itu menjadi perhatian apabila tampil berhijab dan ramai yang mendoakan agar terus istiqamah untuk terus bertudung.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts